Tauliah Mengajar Ustaz Don Daniyal Di Selangor Ditarik Balik – JAIS
SHAH ALAM — Tauliah mengajar di Negeri Selangor terhadap Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah ditarik balik.
Perkara itu disahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Pengarah JAIS, Dato Mohd Shahzihan Ahmad berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 yang diadakan pada 24 Julai lalu.
“Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
“Surat penarikan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai 2024 dan Ustaz Don Daniyal diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuatkuasa daripada surat penarikan tauliah diterima,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.facebook.com/jaisel.official/posts/pfbid02YAWK1bta299Bh8z1Q1Pok67KJPWemubrfE3zRj4MddFfCq8JxkTNWW3dvAfSSvTJl
Sumber: Fb JAIS