Siakap Keli
rahsia Kejayaan sukan
Gambar: AFP & Bernama

“Asas Kecemerlangan Atlet,” Lelaki Ini Kongsi Tiga Faktor Jadi Rahsia Kejayaan Sesuatu Sukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Asas Kecemerlangan Atlet,” Lelaki Ini Kongsi Tiga Faktor Jadi Rahsia Kejayaan Sesuatu Sukan

Sepanjang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung baru-baru ini, kita dapat menyaksikan pelbagai sukan dipertandingkan.

Secara tidak langsung, perkara ini memberikan pendedahan jenis-jenis sukan termasuk peraturan permainan kepada orang ramai.

Olimpik Paris yang melabuhkan tirai pada 11 Ogos lalu itu juga penuh dengan drama, tangisan, suka-duka para atlet dalam merebut pingat demi membawa panji negara.

Seperti yang diketahui, dalam setiap sukan dan permainan memerlukan strategi untuk bersaing dengan pihak lawan.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan tiga faktor kejayaan dalam sesuatu sukan yang disampaikan oleh Dr Aidfawzal, yang merupakan lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Automotif.

Rahsia 3M Kejayaan Sukan

Gambar: Bernama

Dalam dunia sukan, kejayaan sering dikaitkan dengan gabungan tiga faktor utama: manusia (man), kaedah (method), dan mesin (machine). Tiga faktor ini membentuk asas kecemerlangan atlet dan mari saya terangkan lebih lanjut:

Faktor 1: Manusia (man)
Ini adalah elemen paling utama. Kemampuan seseorang atlet tergantung kepada kebolehan fizikalnya, kekuatan mentalnya serta dedikasinya. 

Bakat semulajadi perlu digabungkan dengan kerja keras dan latihan yang ketat untuk mencapai target yang diinginkan.

Faktor 2: Kaedah (method)
Bakat serta latihan atlet akan kurang menyengat jika tiadanya strategi, taktik serta regimen latihan yang berkesan.

Disinilah peranan utama jurulatih (coach).

Seorang jurulatih yang baik akan memainkan peranan dalam membangunkan program latihan, memberikan pandangan taktikal dan menawarkan sokongan mental serta emosi kepada atlet.

Jurulatih juga akan analisis data dan berimprovisasi untuk mengoptimumkan prestasi atlet

Gambar: AFP

Faktor 3: Mesin (machine)
Kadang kita terlupa yang faktor ke 3 ini juga amat penting dalam membawa ke arah kemenangan. Peralatan sukan yang canggih serta berteknologi boleh membezakan antara kemenangan dan kekalahan pada tahap persaingan tertinggi.

Sebagai contoh:

Renang: Pakaian renang canggih mengurangkan seretan (drag)

Memanah: Busur kompaun dan penstabil meningkatkan ketepatan dan kelajuan anak panah

Badminton: Raket moden menggunakan bahan ringan dan reka bentuk aerodinamik untuk kawalan dan kecekapan, juga

Berbasikal: Basikal karbon fiber menawarkan nisbah kekuatan-kepada-berat yang unggul, meningkatkan kelajuan dan memaksimumkan pemindahan kuasa.

Dengan kata yang lebih ringkas, Seorang atlet (man) yang sudah bersiap-siaga (well-prepared), lalu menggunakan strategi yang berkesan (kaedah) serta lengkap dengan peralatan yang canggih (mesin) mempunyai peluang terbaik untuk muncul sebagai pemenang. Inilah kepentingan untuk punyai sinergi antara ketiga-tiga elemen ini.

https://x.com/AidFawzal/status/1821069737968779381

Sumber: X @aidfawzal

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta 

BACA JUGA: Kenapa Kereta Elektrik Tak Boleh Cas Sambil Memandu? Ini Jawab Dr Aid Fawzal

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.