Siakap Keli
Umihotaru r&r laut
Gambar: Umihotaru.com

Rehat Sambil Tengok Gunung Fuji, Kenali Umihotaru, R&R Tengah Laut Di Jepun

Rehat Sambil Tengok Gunung Fuji, Kenali Umihotaru, R&R Tengah Laut Di Jepun

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) merupakan kemudahan awam yang disediakan kepada pengguna jalan raya khususnya mereka yang bergerak dalam jarak yang jauh.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), R&R disediakan di setiap 80-100 kilometer dengan menyediakan pelbagai kemudahan.

Antaranya gerai makanan, wakaf, motel lebuh raya (lokasi terpilih sahaja), surau, stesen minyak, tandas awam, kedai serbaneka, ATM, telefon awam, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.

Tetapi, tahukah atau tidak, di Jepun, terdapat satu R&R yang menjadi penghubung kepada beberapa bandar kecil termasuk pusat pemandangan?

Umihotaru

Umihotaru r&r laut
Gambar: Umihotaru.com

Umihotaru merupakan kawasan perhentian R&R dan satu-satunya tol di dunia yang terletak di kawasan laut.

Menurut Japan Travel, lokasi ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya  Wan Aqua-Line yang terletak di Teluk Tokyo dari Kisarazu, Chiba hingga ke wilayah Kanagawa.

Lebuh raya ini terdiri daripada terowong bawah laut sepanjang 9.6 kilometer (km) dan jambatan panjang sepanjang 4.4 km.

Hanya dalam 15 minit yang diperlukan oleh pengguna jalan raya untuk tiba di lokasi ini sewaktu melalui terowong, sebelum disajikan pemandangan menarik.

Sejarah

Gambar: Japan Travel

Untuk pengetahuan Umihotaru ialah sebuah pulau buatan yang terletak di tengah-tengah Teluk Tokyo. Perkataan Umihotaru secara literal membawa maksud “kelip-kelip laut” kerana ia kelihatan terang pada waktu malam.

Ia dibuka kepada pengguna jalan raya sejak tahun 1997, selepas 23 tahun perancangan dan 9 tahun pembinaan dengan kos mencecah 1.44 trilion yen.

Fakta menarik mengenai Umihotaru

Umihotaru r&r laut
Gambar: Umihotaru.com

Uniknya tentang Umihotaru, ia mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta khas, restoran, kedai dan kawasan dek pemerhatian (observation deck).

Struktur bangunan ini terdiri daripada lima tingkat. Bagi tingkat 1 hingga tingkat 3 adalah tempat letak kereta, yang boleh memuatkan kira-kira 500 kereta dan trak dalam satu-satu masa.

BACA: Ini Biodata Zhang Zhi Jie, Calon Bintang Badminton China

Tingkat 4 umumnya menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung.

Manakala tingkat lima pula terdapat sebuah bilik teater yang memaparkan sejarah pembinaan Aqua-Line dan Umihotaru selain mempunyai restoran dan dek pemerhatian.

Gambar: Umihotaru.com

Lebih menyeronokkan, di dek pemerhatian, pengunjung ditawarkan pemandangan dan panorama langit bandar serta banyak bangunan ikoniknya di bandar Chiba dan Yokohama.

Menurut iTWS Japan, pengunjung berpeluang melihat pemandangan menarik termasuk kapal-kapal besar yang bergerak di sekitar teluk, bangunan tinggi di pusat Tokyo, pergunungan indah di semenanjung Boso dan Miura, dan Gunung Fuji jika cuaca baik.

Gambar: Umihotaru.com

Di sini terdapat Menara Angin atau dipanggil Kaze No To (dalam bahasa Jepun) yang berfungsi sebagai pembekal udara ke dalam terowong.

BACA JUGA: Siri Netflix The Mole S2 Difilemkan Di Malaysia, Tampilkan Panorama & Tarikan Negara

Macam mana nak pergi?

Sekiranya anda menyimpan hasrat untuk ke Umihotaru ini, boleh melalui dari dua arah iaitu Kawasaki atau Kisarazu di Teluk Tokyo.

Umihotaru r&r laut
Gambar: Umihotaru.com

Sumber: Japan Travel (1), (2), iTWS Japan, Umihotaru.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.