Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Profil Zhang Zhi Jie
Gambar: PBSI, Stadium Astro

Ini Biodata Zhang Zhi Jie, Calon Bintang Badminton China

Iqbal Yasir

Ini Biodata Zhang Zhi Jie, Calon Bintang Badminton China

Arena badminton dunia hari ini digemparkan dengan berita kematian seorang pemain muda perseorangan dari China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan semalam selepas pengsan semasa perlawanan Kejohanan Remaja Asia 2024 (AJC) di Yogyakarta.

Pemain berusia 17 tahun difahamkan rebah dan tertiarap di atas gelanggang ketika mata kedudukan 11-11 menentang pemain dari Jepun, Kazuma Kawano.

Untuk makluman, dia merupakan antara prospek berbakat negara Tembok Besar itu dalam meneruskan legasi Shi Yuqi, Lin Dan dan Chen Long.

Sehubungan itu, SK bawakan perkongsian biodata Zhi Jie di bawah.

Profil Zhang Zhi Jie

Gambar: PBSI

Untuk makluman, Zhang Zhi Jie dilahirkan pada tahun 2007 di daerah Jiaxing, wilayah Zhejiang. Bakatnya dalam sukan badminton mula dikesan sejak usianya masih dibangku sekolah lagi.

Menurut Detik.com, Zhi Jie pada awalnya dilatih oleh guru sekolahnya, Li Wei di Sekolah Fucheng. Bakatnya yang semakin mengembang telah membawa Zhi Jie memasuki Sekolah Sukan Remaja Jiaxing, bahkan hingga ke peringkat wilayah Zhejiang.

Pada 2022, Zhi Jie mula membuka mata peminat sukan itu akan kebolehannya dengan menjuarai Kejohanan Badminton Peringkat Kebangsaan bagi kategori B-15.

Pada tahun lalu, pemain muda China itu terus mencipta rentak kemenangan dengan bergelar juara perseorangan lelaki dalam Kumpulan B Kejohanan Remaja Kebangsaan. Ia termasuk penyertaannya dalam pelbagai kejuaraan bagi kategori beregu.

BACA: Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

Profil Zhang Zhi Jie
Gambar: Stadium Astro

Zhi Jie mengulangi pencapaian di peringkat kebangsaan apabila merangkul gelaran juara bagi kategori beregu lelaki Kumpulan B dalam Kejuaraan Badminton Kebangsaan 2024.

Dia turut mengharumkan nama China apabila menjadi juara di Kejuaraan Junior yang diadakan di Belanda tahun ini, lapor Stadium Astro.

Walau bagaimanapun, penyertaannya dalam kejohanan AJC 2024 kali ini bagai sudah tertulis dalam takdir, apabila dia disahkan meninggal dunia dan membuatkan China kehilangan salah seorang bintang muda dalam arena badminton.

Untuk pengetahuan, Zhi Jie merupakan salah satu dari dua prospek hangat perseorangan lelaki China selain Wang Zi Jun.

Berita pemergian bintang muda China itu membuatkan seluruh dunia bulu tangkis berduka atas kehilangan pemain berbakat tersebut.

Sumber: Detik.com, Stadium Astro

BACA JUGA: Arda Guler, Lamine Yamal, Ini Senarai “Star Boy” Yang Menyerlah Dalam Kejohanan Euro 2024

BACA JUGA: Euro 2024: Cristiano Ronaldo Sarung But “Pink” Milik Bruno Fernandes?