Siakap Keli
The Mole Malaysia
Gambar: Netflix

Siri Netflix The Mole S2 Difilemkan Di Malaysia, Tampilkan Panorama & Tarikan Negara

Siri Netflix The Mole S2 Difilemkan Di Malaysia, Tampilkan Panorama & Tarikan Negara

Siapa di sini peminat siri realiti Netflix, The Mole? Tahukah anda pengembaraan musim kedua siri ini dilakukan di lokasi-lokasi ikonik di Malaysia?

Pada musim kali ini, ia terdiri daripada 12 peserta untuk merebut ganjaran besar dan pengambaraan tersebut dijalankan sepenuhnya di Malaysia.

Difahamkan pasukan produksi telah mengambil masa selama enam minggu bermula Julai tahun lepas untuk menyiapkan siri program realiti The Mole musim kedua itu.

Setiap episod siri tersebut mempamerkan keindahan dan kepelbagaian negara berbilang kaum ini.

The Mole S2

The Mole musim kedua ini terdiri daripada 12 pemain baharu yang bersaing dalam cabaran mental dan fizikal dalam usaha untuk memenangi ganjaran wang.

Setiap minggu para peserta akan bekerjasama dalam satu siri misi yang menguji kemahiran dan ketahanan mereka, sama ada keluar dari sel penjara yang terkunci atau mencari harta karun yang tenggelam.

Dalam masa yang sama mereka juga perlu cuba mengenal pasti siapa dalam kalangan 12 peserta yang merupakan seorang yang pensabotaj misi.

Kepada mereka yang belum menonton siri ini lagi, mari min kongsikan serba sedikit antara lokasi yang difilemkan dalam siri ini sepanjang 5 episod yang telah ditayangkan di platform Netflix.

Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan salah satu pantai yang bersih dan air yang jernih, secara tidak langsung memaparkan titik kontra tropika yang menakjubkan.

Salah satu babak utama dalam siri ini dirakamkan di Monkey Bay dan Pantai Tekek, mempamerkan keindahan semula jadi pulau itu selain mengalihkan pandangan penonton daripada plot penceritaan yang penuh dengan suasana tegang.

BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

The Mole Malaysia
Gambar: Netflix

Menara Berkembar Petronas

Gambar: Netflix

Menara Berkembar Petronas, salah satu bangunan ikonik Malaysia yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur.

Menara yang yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandar ini beberapa kali dipaparkan dalam episod siri tersebut termasuk dalam treler.

Forest City

Gambar: Google

The Mole kali ini turut membawa penonton dengan sedikit elemen menyeramkan dengan latar belakang Forest City, sebuah kawasan yang digelar sebagai ‘Bandar Hantu’ di Johor.

Dalam siri ini memaparkan para peserta berdepan cabaran hebat di tengah-tengah projek bandar di negeri Selatan itu..

Pelabuhan Klang

Gambar: Industrial Malaysia

Sekiranya anda ingin melihat panorama dan kesibukan Pelabuhan Klang, anda boleh menonton episod bertajuk “Penghantaran Istimewa.”

Episod ini mendedahkan persekitaran yang dinamik untuk misi termasuk membawa gambaran visual dalam hab maritim utama Malaysia kepada penonton.

Padang Rumput Napier

The Mole Malaysia
Gambar: Netflix

Padang rumput Napier, salah satu kawasan yang mempamerkan landskap menghijau ini memberikan ketenangan visual seketika di tengah-tengah misi.

Lokasi ini terletak di Barat Semenanjung Malaysia.

BACA JUGA: The Asunta Case: Kisah Benar Kanak-kanak Dibunuh Ibu Bapa Angkat

Sentul Depot

The Mole Malaysia
Gambar: Ig Sentul Depot

Berdasarkan lima episod pertama yang telah pun ditayangkan, mereka turut menjalani penggambaran di Forest City Johor, Pelabuhan Klang, Sentul Depot, dan padang rumput napier di Semenanjung Malaysia.

Jadi lokasi mana seterusnya yang bakal dipaparkan dalam siri ini?

Sumber: Sinar Daily, Netflix (1), (2)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.