Siakap Keli
asunta case kisah benar
Gambar: INTV & YouTube

The Asunta Case: Kisah Benar Kanak-kanak Dibunuh Ibu Bapa Angkat

The Asunta Case: Kisah Benar Kanak-kanak Dibunuh Ibu Bapa Angkat

Pada tahun 2001, seorang bayi dari China bernama Asunta Fong Yang telah diambil sebagai anak angkat oleh pasangan kaya di Sepanyol, iaitu Rosario Porto dan Alfonso Basterra.

Bagaimanapun, seiring masa berlalu kanak-kanak tersebut ditemukan mati, 13 tahun selepas pasangan Santiago de Compostela itu membelanya.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu meruntun hati orang ramai sehingga ia dijadikan sebuah siri di Netflix, yang dinamakan The Asunta Case.

Siri yang bertemakan thriller itu ditayangkan pada 26 April lalu, mempamerkan lakonan semula kejadian pembunuhan tersebut.

Ramai yang mengesyaki dalang di sebalik kes pembunuhan itu adalah kedua ibu bapa angkatnya, namun apakah kebenaran kejadian itu?

Ibu bapa angkatnya berpura-pura melaporkan kehilangan mangsa tetapi dipercayai merupakan ‘sebab’ kejadian tragis itu terjadi.

Ikuti perkongsian siri pembunuhan yang diilhamkan semula di lokasi kejadian di bawah ini.

The Asunta Case (El Caso Asunta)

Gambar: Netflix

Siri yang diarahkan oleh Ramón Campos, Gema R. Neira, Jon de la Cuesta, David Orea mengisahkan tentang salah satu jenayah sebenar yang paling mengejutkan dalam sejarah Sepanyol, iaitu pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan bernama Asunta Fong Yang.

Kes ini berlaku pada 21 September 2013 apabila ibu bapa Asunta, Rosario Porto dan Alfonso Basterra yang melaporkan kehilangan anak mereka kepada pihak polis, beberapa hari sebelum ulang tahun ke-13 Asunta.

Asunta Fong Yang merupakan anak angkat Porto dan Basterra. Dia telah diambil dari negara China ketika masih usia sembilan bulan pada 2001, kemudian dibesarkan di Santiago, Sepanyol.

Perwatakan Asunta

Kisah sebenar Asunta
Gambar: INTV

Dibesarkan dalam keluarga yang kaya di bandar, Asunta seorang anak yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.

Dia juga banyak menghabiskan masa lapangnya dengan mengikuti pelajaran persendirian untuk belajar bahasa Inggeris, Cina, Perancis, balet, biola dan piano.

Tambahan lagi, ibunya seorang peguam manakala bapanya seorang wartawan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, konflik bermula apabila ibunya difahamkan mempunyai hubungan sulit, menyebabkan rumah tangganya suami, Alfonso retak sehingga mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.

Namun, sejak tahap kesihatan Porto semakin merosot termasuk mempunyai sejarah psikiatri serta keinginan memastikan kehidupan Asunta terjaga, pasangan tersebut memilih untuk kekal bersama.

BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

Pasangan tersebut memutuskan untuk tinggal sebumbung meskipun tidak lagi mempunyai ikatan yang sah. Sehinggalah pada hari kejadian (13 September 2013), mereka melaporkan kes kehilangan anak angkat mereka.

Ibunya mendakwa seorang lelaki memasuki rumah mereka pada lewat malam dan cuba mencekik Asunta pada awal tahun itu.

Tetapi, lelaki itu kemudian melarikan diri apabila Porto campur tangan namun kes itu tidak dilaporkan pada polis.

Selang beberapa jam laporan kehilangan Asunta dibuat, mayatnya ditemui di tepi jalan di Teo, tepat di luar bandar mereka diami.

Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas angkara terlebih dos ubat Lorazepam, yang selalu digunakan ibunya untuk merawat penyakit kebimbangan (depression).

Asunta bunuh diri?

Kisah sebenar Asunta
Gambar: YouTube

Walau bagaimanapun, selepas siasatan dan bukti yang diperolehi menjurus kepada Porto dan Basterra yang disyaki suspek utama kes berkenaan.

Berdasarkan bukti, mendedahkan Porto dan Basterra telah dilihat bersama anak perempuan mereka pada hari pembunuhan, meskipun kenyataan yang diberikan adalah sebaliknya.

Hakim dan anggota penyiasat mula mengesyaki terdapat kesangsian dalam kes kehilangan dan kematian Asunta daripada ibu bapa angkat kanak-kanak perempuan itu.

Malah mereka beranggapan apa motif sebenar yang ingin disembunyikan oleh pasangan tersebut kerana keluarga itu terkenal dengan sifat penyayang.

Susulan itu, ibu angkat Asunta telah ditangkap dua hari selepas mayatnya ditemui, dan Basterra sehari kemudian.

BACA JUGA: Kisah Nadia Nadim, Pelarian Dari Afghanistan, Ayah Dibunuh Pengganas, Kini Pemain Bola Berjaya Dan Pakar Bedah

Kes ini mendapat liputan utama oleh media tempatan sewaktu pasangan itu dibawa ke perbicaraan, dengan tiada motif jelas berkait pembunuhan selain kedua-dua mereka mengekalkan kenyataan tidak bersalah.

Pada 2015, dua tahun selepas kematian Asunta, Basterra dan Porto akhirnya terbukti bersalah atas tuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

Namun Porto meninggal dunia akibat membunuh diri di dalam penjara pada 2020.

Sumber: Netflix via TUDUM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: