Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-kanak Lelaki Maut Dipercayai Dilanggar Kereta Di Rembau

BERNAMA
kanak-kanak maut rembau
Sumber: BERNAMA

Kanak-kanak Lelaki Maut Dipercayai Dilanggar Kereta Di Rembau

REMBAU, 10 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berjalan kaki di Kilometer 1, Jalan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu Kota, di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat manakala pemandu (SUV) tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.