Siakap Keli
SPRM tahan pegawai rasuah rogol
Gambar: BERNAMA

SPRM Tahan Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Minta Rasuah Tutup Kes Rogol

SPRM Tahan Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Minta Rasuah Tutup Kes Rogol

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA JUGA: Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

BACA JUGA: Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.