Portal Tak Dapat Diakses, PERKESO Mohon Maaf, Beri Pengecualian FCLB
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memutuskan untuk membuat pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan yang lewat membuat bayaran caruman berikutan masalah aliran trafik yang tinggi di portalnya.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, PERKESO juga memohon maaf kepada majikan yang menghadapi kesulitan disebabkan tidak dapat mengakses Portal ASSIST.
“Para majikan yang dihormati, demi menghargai komitmen berterusan para majikan dalam melunaskan bayaran caruman, PERKESO telah memutuskan untuk mengecualikan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan akibat kelewatan membuat bayaran caruman berikutan aliran trafik akses portal ASSIST yang tinggi.
“Terima kasih dan PERKESO memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” maklum PERKESO dalam satu hantaran ringkas.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=898750892278762&id=100064315794387&rdid=8IYXFsc8iIZZm7j0
Sumber: Facebook PERKESO
BACA: 500 Unit J7 Pertama Diserah Kepada Wakil Pengedar
BACA: Korea Utara Bakal Buka Negara Untuk Pelancong Melawat Bermula Disember Ini