500 Unit J7 Pertama Diserah Kepada Wakil Pengedar
JAECOO Malaysia telah menyerahkan secara rasmi 500 unit SUV Kegunaan Lasak Premium J7 yang pertama kepada para wakil pengedar.
Jenama ini telah bekerja keras sepanjang tempoh tujuh bulan lepas untuk memantapkan ekosistem dan rangkaian kendiri, dan akhirnya menjayakan pelancaran rasmi SUV J7 pada pertengahan Julai.
Tiga minggu selepas pelancaran, jenama kini memenuhi janjinya untuk menyerahkan kelompok pertama SUV J7 pada suku ketiga tahun ini, iaitu dalam tempoh masa yang dijadualkan.
“Ternyata tahun ini merupakan satu tahun yang hebat buat JAECOO, bermula dengan tempoh previu yang telah menarik perhatian ramai yang seterusnya membawa kepada sambutan yang luar biasa di pelancaran rasmi SUV J7.
Kami amat teruja untuk menyerahkan 500 unit pertama SUV J7 kami dan sudah tentu seronok untuk memberi peluang kepada pelanggan memandu SUV kegunaan lasak premium terhangat di Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.
500 unit SUV J7 yang diserah kepada wakil pengedar merupakan varian pacuan semua roda (AWD). Manakala, kelompok SUV J7 seterusnya yang akan diserahkan di bulan September kelak akan terdiri daripada varian pacuan dua roda (2WD).
Pasaran automotif sememangnya jatuh hati dengan harga kompetitif model J7 AWD yang ditetapkan pada MYR148,800, dan varian 2WD pada harga MYR138,800. Strategi harga JAECOO telah meletakkan SUV J7 sebagai pencabar utama dalam kategori SUV segmen C, iaitu sebagai sebuah jenama mewah yang mampu dimiliki.
“Tumpuan kami ialah untuk mengekalkan momentum kukuh bagi memenuhi pesanan yang dibuat untuk J7 pada bulan-bulan akan datang.
Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa rangkaian kami bersedia untuk membawakan pengalaman pelanggan premium yang berpegang kepada falsafah jenama “From Classic, Beyond Classic” Jaecoo, dari saat penyerahan kenderaan kepada perkhidmatan lepas jualan,” kata Naib Persiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.
Kedua-dua varian JAECOO J7 disediakan dengan waranti tujuh tahun* atau jarak perjalanan sehingga 150,000km*, sebagai bukti keyakinan jenama tersebut terhadap inovasi dan kualitinya.
Para pelanggan JAECOO disokong oleh rangkaian pengedar yang meliputi 35 lokasi di seluruh negara, sebuah kilang pengeluaran terkhusus dan gudang alat ganti tulen JAECOO, untuk memastikan sokongan lepas jualan yang pantas dan lancar.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial JAECOO Malaysia.