Siakap Keli
aplikasi my amanahraya

Amanah Raya Lancar Aplikasi My AmanahRaya Mudahkan Orang Ramai Tulis Wasiat

Amanah Raya Lancar Aplikasi My AmanahRaya Mudahkan Orang Ramai Tulis Wasiat

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2024 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih, My AmanahRaya sebagai salah satu inisiatif untuk memudahkan orang ramai memulakan Perancangan Pewarisan mereka lebih awal.

Aplikasi yang kini menawarkan perkhidmatan Penulisan Wasiat berkenaan telah dilancarkan oleh Pengerusi AmanahRaya, Tan Sri Idrus Harun, dalam satu majlis yang diadakan di The Intermark Mall, bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024, peringkat Kumpulan AmanahRaya.

Aplikasi yang dibangunkan khusus untuk memudahkan orang ramai ini juga akan membolehkan pelanggan untuk mengenal pasti ejen AmanahRaya yang berhampiran dengan pelanggan, membuat temu janji, menyemak, mengesah dan mendapatkan khidmat nasihat percuma mengenai Penulisan Wasiat. 

‘Aplikasi My AmanahRaya  mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu (1) sistem, di mana akses pelanggan kepada produk dan perkhidmatan AmanahRaya akan menjadi lebih mudah.

Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif yang direka untuk memudahkan perancangan Pewarisan, khususnya bagi Penulisan Wasiat. Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan AmanahRaya pada bila-bila masa, di mana sahaja, secara mudah dan pantas. Ia juga memastikan bahawa transaksi dilakukan dengan cara yang lebih teratur dan sistematik,’ kata Tan Sri Idrus.

aplikasi my amanahraya

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapan aluannya berkata, ‘Pengenalan aplikasi My AmanahRaya adalah selari dengan aspirasi kerajaan yang menggalakkan agensi Kerajaan untuk memacu teknologi dan pendigitalan.

Aplikasi ini membolehkan rakyat Malaysia memohon dan mendaftar sebagai ejen AmanahRaya, sekaligus menjana peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan untuk orang ramai. Setakat akhir Julai 2024, sebanyak 1.1 juta Wasiat telah didaftarkan dengan AmanahRaya.

Manakala, lebih 14,000 fail Pusaka dengan nilaian RM1.7 bilion dan 38,000 fail Amanah dengan nilaian RM1.3 bilion telah diurus dan ditadbir.”

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AmanahRaya, Pengurusan dan Warga Kerja, Rakan Strategik, dan pelanggan korporat. 

Aplikasi mesra pengguna ini boleh dimuat turun ke peranti IOS dan Android sekarang melalui Apple App Store atau Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Mesra AmanahRaya iaitu : 03-2723 7273. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.