Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Elak Keracunan, Ini Tip Penting Beli, Simpan & Masak Telur
Telur merupakan salah satu bahan makanan yang paling kerap digunakan dalam pelbagai hidangan, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.
Walaupun telur kaya dengan protein dan nutrien penting, ia juga berisiko dicemari oleh bakteria seperti Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bakteria ini mampu menyerang sistem pencernaan kita, menyebabkan gejala seperti sakit perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.
Oleh itu, amat penting untuk mengetahui cara yang betul dalam membeli, menyimpan, dan memasak telur bagi memastikan keselamatan makanan serta kesihatan kita terjaga.
Justeru, SK hari ini akan kongsikan tip daripada Hello Doktor, tentang bagaimana anda seharusnya membeli, menyimpan dan memasak telur untuk mengelakkan keracunan.
Walaupun bakteria Salmonella tidak dapat dilihat dengan mata kasar, akan tetapi anda boleh mengurangkan risiko daripada memakan telur yang dicemari dengan bakteria ini.
Caranya adalah seperti berikut:
Jika ada telur yang disimpan di peti penyejuk, ambil telur tersebut berbanding telur yang disimpan pada suhu bilik
Pastikan kotak atau bekas telur tidak rosak dan kotor
Jangan beli telur yang sudah retak
Sebaiknya, cuci bersih telur terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan pencemaran silang
Simpan telur dalam peti sejuk di rumah
Jika anda ingin menyimpan telur masak, pastikan ia dimakan dalam tempoh 3 atau 4 hari sahaja
Jangan biarkan telur yang telah masak di tempat terbuka lebih dari 2 jam
Buat telur masak dengan sempurna. Elakkan makan telur separuh masak atau telur mentah
Jika merebus telur ayam, pastikan anda merebus sekurang-kurangnya 8 minit
Cuci bersih peralatan dapur yang bersentuhan dengan telur mentah menggunakan sabun
Jika anda memerlukan hidangan telur separuh masak, cuba dapatkan telur yang berkualiti tinggi seperti telur omega
Elakkan merasa adunan yang dicampur dengan telur mentah

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Panaskan Baki Nasi Boleh Sebabkan Keracunan, Ini Tip Penting Yang Anda Perlu Tahu
BACA: Dah Cuci Tapi Masih Kuning, Ini Tip Hilangkan Kuning Pada Mesin Pengisar
BACA: Wanita Kongsi Tip Simpan Buah-buahan Agar Tahan Lama Dalam Peti Ais
Sumber: Hello Doktor