Siakap Keli
kuning mesin pengisar
Gambar: TikTok @yuyun.s22 

Dah Cuci Tapi Masih Kuning, Ini Tip Hilangkan Kuning Pada Mesin Pengisar

Dah Cuci Tapi Masih Kuning, Ini Tip Hilangkan Kuning Pada Mesin Pengisar

Seperti yang diketahui, mesin pengisar atau blender merupakan salah satu perkakasan dapur yang kerap kali digunakan di dapur untuk memasak mahupun membuat jus.

Perkakasan elektronik ini sangat membantu dalam menghancurkan, menghaluskan sayur-sayuran, buah-buahan ataupun daging.

Hanya tekan satu butang, ia dapat mengisar makanan yang dimasukkan ke dalam bekas pengisar dengan mudah.

Walau bagaimanapun, penggunaan mesin pengisar ini dalam tempoh lama akan membuatkan bahagian dalam termasuk celah bilah pisaunya menjadi hitam kekuningan, lebih-lebih lagi jika pengguna sering mengisar kunyit.

Ia tentunya membuatkan blender di rumah sukar untuk kembali kepada warna asal walaupun dicuci berkali-kali apatah lagi, peralatan ini meninggalkan bau selepas digunakan.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @yuyun.s22 berkaitan kaedah mencuci  blender ini.

Blender kuning? Ini cara cuci

Gambar: TikTok @yuyun.s22

Dalam klip itu, ia memaparkan hanya satu bahan yang digunakan untuk mencuci kuning yang melekat pada mesin pengisar, iaitu serbuk sabun pencuci.

Menurutnya, jenama sabun apa sahaja boleh digunakan untuk kaedah ini.

BACA: Cara Cuci Kesan Kuning & Peluh Di Tilam, Guna Tiga Bahan Je Terus Hilang

Cara-cara mencuci

Gambar: TikTok @yuyun.s22

Pertama, ambil mesin pengisar yang hendak dicuci dan masukkan sedikit serbuk sabun pencuci ke dalamnya.

Kedua, masukkan air ke dalam blender dan biarkan ia rendam sebentar. Anda dapat melihat air akan berubah warna.

Kemudian, buang air sabun itu, dan tambah sedikit serbuk sabun untuk gosok mesin pengisar itu. Pastikan anda menggosok hingga bersih dan bilas dengan air.

Basuh sehingga bau sabun juga hilang dan lihat hasilnya.

Gambar: TikTok @yuyun.s22

Untuk lebih berkesan, pastikan mesin pengisar dicuci selepas digunakan. Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @yuyun.s22

BACA JUGA: Pakai Penapis Ja, Wanita Kongsi Tip Tanam Kangkung Guna Tiga Bahan

BACA JUGA: Basi Bukan Sebab Beras, Lelaki Kongsi Tip Elak Nasi Tak Mudah Basi

BACA JUGA: Jarang Kalah Dalam Pertandingan, Lelaki Kongsi 10 Tip Masuk Peraduan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.