Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Dua Mayat ibu anak
Gambar: Sinar Harian

Dua Mayat Ditemui Dalam Longkang Dipercayai Ibu & Anak

Iqbal Yasir

Dua Mayat Ditemui Dalam Longkang Dipercayai Ibu & Anak

KOTA SETAR — Polis memaklumkan penemuan dua mayat, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada Isnin dipercayai adalah ibu dan anak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan kedua-dua mayat terbabit pada jam 5.04 petang Isnin.

Tambah Nor Salawati, sepasukan anggota penyiasat kemudian telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk siasatan awal.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mayat yang lengkap berpakaian, namun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kedua-duanya ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil dengan kesan kelar pada leher di kedua-dua mayat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Difahamkan, mayat dua beranak dipercayai warga asing, masing-masing berusia 34 dan 1o tahun itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat.

Mengulas lebih lanjut Siti Nor Salawati berkata, seorang lelaki warga asing, 43, yang juga suami dan bapa kepada mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan berdasarkan maklumat pantas.

Suspek telah ditahan di Masjid Bukit Pinang pada jam 9 malam semalam dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar pada Selasa bagi tujuan permohonan tahanan reman untuk meneruskan siasatan lanjut.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

“Polis juga meminta kerjasama daripada individu atau pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Asistan Superintenden Faizul Izuan Harun di talian 047747222,” katanya lagi.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.

Semalam, dua mayat ditemukan bersebelahan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dalam berpakaian lengkap.

BACA: Kanak-Kanak Orang Asli Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia

BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

Sumber: Sinar Harian