Siakap Keli
Festival OHMYDIN

MYDIN Tawar Penjimatan RM6.7 Juta Melalui Festival OHMYDIN!

SELANGOR, 20 OGOS 2024: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menerusi  kempen Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun yang ke 67 menawarkan  penjimatan dan ganjaran keseluruhan bernilai RM6.7 juta. 

Kempen yang turut mendapat kerjasama 55 rakan kerjasama strategik termasuk  MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri,  Unilever dan Wipro Unza ini bertujuan menghargai pelanggan setia dengan pelbagai  promosi dan peraduan hebat. 

Menariknya kali ini, program “Fun Run Festival OHMYDIN!” turut dianjurkan di empat  lokasi cawangan MYDIN iaitu Subang Jaya (Selangor) pada 24 Ogos, MITC (Melaka)  pada 21 September, Tunjong (Kelantan) pada 19 Oktober dan Petra Jaya (Sarawak)  pada 9 November 2024 bagi memupuk budaya sihat di samping menyemarakkan  perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 

Festival OHMYDIN

Setiap pendaftaran program fun run tersebut, sejumlah RM5 akan disalurkan ke  program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bagi disumbangkan kepada  golongan kurang bernasib baik. Peserta fun run sejauh 6.7km itu juga berpeluang  menikmati cabutan bertuah peranti Oppo, baucar tunai dan hamper. 

Program “Jom Durian” turut akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam (Pulau Pinang)  pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah (Johor) pada 5 Oktober 2024 bagi  memberi peluang orang ramai menikmati sedulang durian pada hanya serendah  RM100.

Sepanjang kempen berlangsung, MYDIN turut menawarkan promosi Hari-Hari  MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian (PWP), Happy Hour dan pelbagai lagi bagi menawarkan penjimatan hebat kepada pelanggan  khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah. Promosi tersebut juga boleh  didapati di TikTok Shop @MYDIN. 

Festival OHMYDIN

Di samping itu, pengguna aplikasi pembayaran terlibat seperti Atome, MCash, Moby  Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah  keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja di menggunakan aplikasi  tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan MYDIN. 

Selain itu, empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut  mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut,  dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500. Manakala, pendaftar  baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak  menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP). 

Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi  maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga  11 November 2024. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.