Tak Rela Biarkan Terikat, Sifat Murni Lelaki Lepaskan Anjing Dalam Guni Dipuji
Apabila bercakap tentang haiwan, terdapat beberapa binatang yang sangat dekat dengan kita, misalnya seperti kucing dan juga anjing.
Kebiasaannya, haiwan itu dibela oleh sesetengah individu kerana rasa kecintaan dan kasih sayang terhadap binatang itu walaupun ia tidak memahami percakapan manusia.
Pun begitu, kehadiran mereka sangat dihargai namun tidak semua haiwan boleh dibela oleh masyarakat khususnya umat Islam.
Bagi umat Islam, anjing tidak dibenarkan sama sekali untuk dipelihara tetapi ia tidak bermaksud haiwan tersebut boleh dizalimi, dibuang dan tidak disayangi.
Bahkan dalam Islam yang merupakan agama rahmat seluruh alam mengajar umatnya untuk bersifat ihsan terhadap sesama makhluk termasuk haiwan.
Individu jumpa anjing dibuang dan dikurung dalam guni
Baru-baru ini, tular satu satu video memaparkan seorang lelaki menyelamatkan beberapa ekor anjing yang dibuang dan dikurung di dalam sebuah guni.
Kejadian berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @syamsul0369. Dalam klip berkenaan, dapat dilihat anjing itu dibuang dalam guni yang diikat dan diletakkan di hadapan lot kedai.
Menurut @syamsul0369, kejadian itu berlaku di berlaku di kawasan ladang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Kedua-dua anjing berkenaan berjaya melarikan diri
Pada awalnya, dia melihat dua guni berwarna putih sedang bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang ingin melepaskan diri. Kemudian, dia bertindak untuk menghampiri dan membuka kedua-dua guni tersebut.
Dapat dilihat juga dua ekor anjing itu kelihatan takut, malah bergelut untuk melepaskan diri daripada terperangkap di dalam guni.
Namun akhirnya, anjing-anjing tersebut kelihatan berlari ke kawasan yang lapang selepas ikatan guni berjaya dibuka.
Di samping itu, @syamsul0369 turut memaklumkan bahawa dia akan membuat laporan selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
Sifat murni lelaki tersebut dipuji kerana melepaskan anjing-anjing tersebut dan tidak membiarkan mereka lemas di dalam guni.
Ramai mengecam tindakan individu tak bertanggungjawab itu
Rata-rata komen di video mengucapkan terima kasih kepada @syamsul0369 kerana menyelamatkan haiwan berkenaan.
Pun begitu, tindakan individu yang membuang haiwan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai, di mana sesetengah mereka mengecam perbuatan terkutuk itu.
“Semakin hari, manusia semakin kejam. Terima kasih orang baik,” komen seorang wargamaya.
“Ya Allah kesiannya. Terima kasih hamba yang baik hati, semoga Allah membalas kebaikan awak,” komen lagi seorang wargamaya.
BACA: Mayat Kanak-Kanak Dua Tahun Dengan Kesan Kelar Ditemui
@syamsul0369 gila manusia Zaman lani..buang la elok2..Ni buang biaq anjing dalam guni mana dia Nak reti Buka sendiri..
@syamsul0369 Replying to @nookknock Buka tali tadi pon guruh kuat kawasan tu hujan rintik2..dah selamat lepas dah..
Sumber: syamsul0369 (1), (2)