Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Malaysia Meterai Mou Dengan India Bagi Pembangunan Belia Dan Sukan

Nurul Naqiyah
belia

Malaysia Meterai MoU Dengan India Bagi Pembangunan Belia Dan Sukan

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India dalam bidang belia dan sukan telah ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India. Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri manakala India telah diwakili oleh TYT B.N Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia.

MoU berkenaan memberi penekanan ke atas kerjasama strategik antara kedua negara dalam bidang pembangunan belia dan sukan. Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan anti-doping.

Pemeteraian MoU selama 5 tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India.

belia