Siakap Keli
banjir kilat kuala lumpur
Kredit: Rozairi Abd Rahman via Facebook

Banjir Kilat Landa Kuala Lumpur Hari Ini

Banjir Kilat Landa Kuala Lumpur Hari Ini

Satu kejadian banjir kilat dilaporkan telah berlaku sekitar Kuala Lumpur susulan hujan yang melanda pada petang tadi.

Berdasarkan sebuah video yang beredar, memaparkan kawasan letak kenderaan berdekatan sungai di sekitar bangunan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) dinaiki air.

Dalam video berkenaan, terlihat beberapa buah kereta sudah ditenggelami air akibat banjir kilat yang melanda.

https://www.facebook.com/rozairi.abdrahman/videos/1938816043255842

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa terdapat beberapa negeri yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat termasuk di Kuala Lumpur.

Cuaca buruk itu diramal akan melanda sehingga jam 9.00 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tulis METMalaysia dalam satu hantaran menerusi Facebook rasminya.

Kredit: METMalaysia

Dalam pada itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa cakna dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

BACA: Aaron-Wooi Yik Terima Ganjaran SHAKAM RM100,000 Seorang

BACA: Bunyi Drumline Di MINDEF, Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku

BACA: Elak Isu Ketirisan Dan Integriti, Maritim Malaysia Praktik Pusingan Kerja Pegawai Dan Anggota

Sumber: Rozairi Abd Rahman, METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.