Siakap Keli

Bunyi Drumline Di MINDEF, Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku

Bunyi Drumline Di MINDEF, Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku

Pada awal pagi Isnin, 19 Ogos lalu, berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Namun, ketika majlis itu sedang berjalan, kedengaran bunyi riuh dan suara bergema di Wisma Pertahanan. Apa sebenarnya yang berlaku? Dikatakan, perkara itu telah melibatkan ramai anggota tentera?

Sebelum itu, majlis yang berlangsung pada Isnin lalu telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

Bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, sambutan ini seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada peringkat kebangsaan.

Sebagai simbolik pelancaran, Menteri Pertahanan telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman yang mewakili warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak mewakili warga awam MINDEF.

Pelancaran majlis diteruskan dengan Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin diberikan penghormatan untuk memasang bendera di kenderaan ATM sebagai simbolik kedua sambutan kali ini.

Gema ikrar di Wisma Pertahanan

Seramai 550 warga MINDEF termasuk para pegawai dan anggota ATM telah melafazkan ikrar Rukun Negara di Wisma Pertahanan, menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah air tercinta.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan drumline daripada Markas Tentera Udara serta perarakan ATM. Tidak ketinggalan, MINDEF turut membawakan Sudut Khas Pameran Kemerdekaan di Lobi Utama Wisma Pertahanan bagi mempamerkan inovasi ketenteraan yang negara kita miliki.

Bukan itu sahaja, warga kementerian turut menyaksikan Projek Smart Unmanned Aerial Vehicle (UAV) TD daripada Tentera Darat Malaysia, Mobile Comint dari Bahagian Siber Elektromagnetik, Tentera Laut Diraja Malaysia dan SLOPT serta  RWR B-SENSING dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Warga MINDEF juga berpeluang menyaksikan sejarah serta aset-aset kapal terkini dan terdahulu di booth pameran Hari Kemerdekaan di lobi wisma berkenaan.

Menarik bukan? 

“Kenapa Sambutan Kemerdekaan setiap tahun seperti satu perayaan? Apa erti di sebalik ‘MERDEKA’?”

Bagi PW I TLR (KS) Tc. Mohd Shah Rizal Abdul Rozak ketika ditemu bual berkata, nilai patriotisme dalam bidang ketenteraan cukup bermakna.

“Sebagai anggota tentera kita perlu ada semangat jati diri, semangat cinta akan tanah air kita, semangat mempertahankan dan memperjuangkan negara daripada ancaman musuh,” katanya.

Bagi Pembantu Tadbir Bahagian Audit Dalam Pertahanan MINDEF, Ira Syarida Ramli berkata, erti kemerdekaan bukanlah sekadar sesebuah negara itu bebas daripada penjajah namun, bagaimana setiap insan itu mengatur kehidupan mereka untuk ‘merdeka’ dari segala aspek.

Fatimah Jusoh, yang juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Audit di jabatan ini meluahkan, meskipun negara telah bebas daripada kepompong penjajah 67 tahun lalu, namun ia tidak berhenti di situ sahaja.

Kini menjadi tugas permata negara dalam mencorakkan arus perubahan tanah air.

“Nilai sebuah kemerdekaan itu sebenar terletak pada rakyatnya sendiri, yang menjadi akar kepada sebuah pokok yang teguh. Sama seperti apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu ‘bersatu’  berjuang melawan penjajah,” katanya.

Menjelang tanggal keramat 31 Ogos ini, mari kita selami semula pengorbanan para perajurit yang gugur di medan peperangan demi mempertahankan tanah air dari penjajah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.