Poster Dakwa Durian Buah Kebangsaan Singapura Curi Perhatian Warga Maya
Durian, yang dikenali dengan gelaran “Raja Segala Buah”, memegang tempat yang sangat istimewa dalam hati rakyat Malaysia.
Terkenal kerana aroma yang kuat dan rasa yang begitu unik, durian telah lama menjadi simbol kebanggaan yang mencerminkan keunikan dan kekayaan warisan negara.
Tidak kira sama ada anda penduduk tempatan atau pelancong, rasa durian yang unik pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.
Baru-baru ini, sebuah poster yang dikongsikan oleh ASEAN Skyline menerusi laman Facebook telah mencuri perhatian warga maya.
Hantaran dengan jumlah komen mencecah 1.7 ribu itu memaparkan senarai buah kebangsaan bagi negara ASEAN.
Tidak mengejutkan, durian tersenarai sebagai buah kebangsaan Malaysia, selain betik.

Bagaimanapun, yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila durian turut diiktiraf sebagai buah kebangsaan Singapura.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Banyak komen yang mengundang senyum, termasuk pertanyaan tentang lokasi ladang durian di Singapura.
Apa-apa pun, durian sememangnya buah yang terkenal di serata dunia.
Apa-apa pun, durian sememangnya buah yang cukup terkenal di serata dunia.
Walaupun ada yang mungkin tidak tahan dengan aromanya yang kuat, bagi pencinta durian, rasanya yang unik menjadikannya buah yang tiada tandingan.
BACA: Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris
BACA: Durian 88 Sumber Kekayaan Baru Untuk Malaysia
BACA: Pokok Durian Umur Lebih 150 Tahun Jadi Tumpuan, Orang Ramai Berpusu-pusu Nak Beli
Sumber: ASEAN Skyline via Facebook