Siakap Keli
durian 88 malaysia

Durian 88 Sumber Kekayaan Baru Untuk Malaysia

Durian 88 Sumber Kekayaan Baru Untuk Malaysia

Peminat durian (Durio zibethinus Murr.) sentiasa menantikan kemunculan musim durian yang lazimnya berlaku antara bulan Jun hingga September dan ada sesetengah tempat di Malaysia musim durian juga muncul pada bulan Oktober hingga Februari.

Dengan suhu panas dan lembap, keadaan ini sangat sesuai untuk tanaman pokok durian. Musim kering selama 1 hingga 3 bulan menggalakkan pokok durian berbunga dan menghentikan pembentukan daun-daun.

Setelah bunga-bunga ini pecah dan membentuk buah, kehadiran hujan sangat diperlukan untuk tumbesaran buah tersebut. Terdapat 4 zon pengeluaran durian Semenanjung Malaysia iaitu:

Sumber: Pakej Teknologi Durian, Jabatan Pertanian

Di Malaysia, MARDI iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia telah berusaha mengahwinkan pelbagai jenis durian yang ada di Malaysia.

Ini adalah untuk mendapatkan durian yang memenuhi cita rasa tempatan serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan penghasilan yang banyak.

BACA: Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) Sasar 3000 Peserta, Pacu Pembangunan Teknologi AI Negara

Dengan berhasilnya durian MDUR 78 (D188) dan MDUR 79 (D189) antara tahun 1981-1991 serta MDUR 88 (D190)  pada tahun 1992, MDUR 88 yang merupakan durian kahwin antara D24 dan D10 mempunyai potensi yang tinggi untuk dikomersialkan oleh pekebun tempatan atas faktor daya tahan penyakit kanker batang (Phytophthora palmivora) di samping mempunyai ciri berikut berbanding MDUR 79, MDUR 78, D24 dan D197 (Raja Kunyit atau Musang King):

Sumber: Buletin Teknologi MARDI, Bil. 8(2015): 71 – 79

MDUR 88 adalah hasil penyelidikan MARDI yang terbaik pernah dihasilkan sebagai khazanah negara bagi menandingi variasi durian yang terdapat di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Pekebun-pekebun kecil luar bandar disarankan untuk merebut peluang memulakan tanaman MDUR 88 yang mempunyai simpanan hayat lepas tuai melebihi 3 hari semestinya istimewa dan berpotensi besar.

Anak pokok durian ini boleh didapati di MARDI dengan harga serendah RM25 atau RM120 untuk anak pokok jenis advanced planting materials (APM).

Bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai MDUR, MARDI menyediakan Manual Teknologi Pengeluaran Durian MDUR.

Gambar: Penerbit MARDI

Durian-durian ini boleh didapati di Durio Tourism @ MARDI Kuala Kangsar (DT@MKK) yang mana usaha giat dilakukan mengumpul pelbagai jenis durian yang terdapat di Malaysia untuk rujukan serta penyelidikan pada masa hadapan.

BACA: Malaysia Techlympics 2024 Membuka Tirai Dengan Penganjuran Peringkat Zon Timur

MARDI Kuala Kangsar yang berkeluasan 39.52 hektar beroperasi sejak tahun 80an sebagai Stesen Sokongan Penyelidikan Buah-buahan dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Durian.

DT@MKK yang merupakan antara 9 buah Taman Agroteknologi MARDI yang berasaskan pelancongan buah durian dan buah-buahan tropika yang bertemakan Dusun Village.

Keistimewaan menikmati kelainan rasa lebih dari 20 jenis durian klon dan kampung seharusnya menjadi pilihan utama peminat durian dari serata dunia.

Tidak terhad pada musim buah, DT@MKK terbuka sepanjang tahun untuk dilawati.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MARDI dengan melayari laman sesawang https://portal.mardi.gov.my/.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan bahan bacaan hasil penyelidikan MARDI di laman sesawang Penerbit MARDI http://ebookshop.mardi.gov.my/.

BACA: UKM Buka Pusat Pesisir di Indonesia, Tawar Kursus Pengajian Pelbagai Peringkat

Sumber: MARDI

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.