Siakap Keli
ronaldo lancar saluran youtube
Gambar: AFP/YouTube

Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

Cristiano Ronaldo, satu figura yang tidak asing lagi di dunia ini. Bermula dari kejayaan-kejayaan dalam dunia bola sepak, sosok ini semakin terkenal apabila kisah hidupnya menjadi buah mulut khalayak. Dengan mempunyai 900 juta pengikut di pelbagai platform media sosial, Ronaldo kini mengorak langkah lebih jauh dengan melancarkan saluran YouTube peribadi, lapor Forbes.

Dengan menggunakan nama akaun UR Cristiano dan tagline SIUUU, saluran ini telah mendapat seramai satu juta pengikut dalam masa 1 jam 29 minit sahaja. Peristiwa ini mencatatkan rekod akaun YouTube terpantas menerima satu juta pengikut. Sehingga kini, saluran UR Cristiano telah mencecah lebih 10 juta pengikut.

BACA: Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Kapten kepada pasukan Al Nassr, Arab Saudi dan pasukan bola sepak kebangsaan Portugis yang berusia 39 tahun ini memuat naik video-video berkaitan kehidupan peribadinya serta beberapa video pendidikan dan persiapan dalam bola sepak seperti kesihatan dan pemulihan diri. Malah, saluran ini turut bakal menampilkan beberapa tetamu jemputan Ronaldo.

BACA: Raih Pingat Emas, Arshad Nadeem Pernah Pergi Latihan Guna Duit Orang Kampung

Hari ini, Ronaldo telah memuat naik video penerimaan Golden Button yang dikongsi bersama anak-anaknya. Anugerah ini diterima oleh pempengaruh yang mencapai 1 juta pengikut YouTube.

“Golden button ini untuk anak-anak emas saya.

“Saya sangat gembira dapat melancarkan projek ini. Saya sudah lama memikirkan tentang ini, akhirnya kami berpeluang menjadikan ia kenyataan.

“Saya sememangnya gemar menjalinkan hubungan yang kuat dengan peminat-peminat di media sosial saya dan saluran YouTube ini akan berikan saya platform yang lebih besar untuk berbuat demikian. Mereka akan dapat ketahui tentang saya, keluarga saya dan pendapat saya dalam pelbagai perkara.

BACA: Michelle Yeoh Diberi Penghormatan Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3M Papan Anjal

“Saya juga teruja untuk mengadakan perbualan bersama tetamu yang semestinya akan mengejutkan orang ramai,” kata Ronaldo.

Dalam sejarah kerjayanya, Ronaldo telah pun memenangi 33 piala, lima Liga Juara-juara UEFA, lima anugerah Ballon d’Or dan mencipta rekod menerima tiga kali Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA.

Saluran YouTube Cristiano Ronaldo ini dijangka bakal mengatasi pemegang rekod pengikut YouTube terbanyak, MrBeast yang kini memiliki seramai 311 juta pengikut.

Sumber: Forbes

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.