Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Via Bernama

Pencarian Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan Di Sepanjang Saluran Kumbahan Bawah Tanah

Azizah Najib

Pencarian Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan Di Sepanjang Saluran Kumbahan Bawah Tanah

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India menggunakan strategi baharu dengan dua penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) memasuki saluran kumbahan milik syarikat Indah Water Konsortium (IWK).

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nordin Pauzi berkata jika sebelah pagi tadi operasi SAR lebih tertumpu di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh namun malam ini, pencarian dilakukan di sepanjang jajaran paip kumbahan syarikat utiliti itu.

“Pencarian awal sebelum ini kita menggunakan jentera berat kerana mengambil kira keadaan cuaca sebab kita juga kena mempertimbang risiko lain termasuk nyawa penyelamat, sebab itu ia mengambil sedikit masa.

BACA: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

“Setakat ini, (mangsa) tidak dapat dikesan walapun selepas penggalian dilakukan dan kita membersihkan tanah dengan menggunakan ekskavator. Jadi, malam ini kita akan teruskan untuk masuk dalam saluran kumbahan IWK dengan menggunakan unit skuba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi insiden lewat malam ini. Hadir sama meninjau lokasi insiden tanah jerlus ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Nordin berkata walaupun takungan air tidak dalam, khidmat unit skuba terpaksa digunakan kerana terdapat air bertakung manakala saluran kumbahan terbabit hanya berkeluasan 1.5 meter.

BACA: 8.5 Juta Bakal Terima STR Fasa 3 Minggu Depan

Beliau berkata saluran itu diperbuat daripada konkrit namun terdapat sedikit pecahan menyebabkan wujud kemungkinan ada lubang masuk ke saluran tersebut.

“Sekiranya mangsa termasuk ke dalam saluran ini, kita akan berhubung dengan IWK kerana aliran air berdasarkan graviti adalah sehala. Jadi, kita kena tahu perangkap tertentu (yang terdapat) sepanjang saluran ini dan ada kemungkinan mangsa ada di situ.

“Saluran ini berakhir di satu loji di Lembah Pantai,” katanya.

Nordin juga berkata pasukan SAR sedang mengkaji arus air dan menunggu maklumat daripada penyelam sebelum menggerakkan operasi ke fasa seterusnya.

BACA: Kenapa Mata Jadi Merah Lepas Berenang Di Kolam Renang? Ini Sebabnya

Maimunah pula berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan IWK berada di lokasi insiden sejak dari awal untuk sama-sama memudahkan operasi SAR.

“Kami harap semua sabar kerana kita telah bertungkus lumus dari awal sebaik menerima perkhabaran tentang kejadian ini dengan menggerakkan semua aset DBKL untuk mengorek kawasan kejadian.

“Saya zahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan sedia membantu dari segi keperluan mereka semasa tinggal di sini sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Insiden pada 8.20 pagi itu menyaksikan mangsa, yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Andhra (Kuppam, India) tiba-tiba terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter ketika sedang berjalan bersama keluarganya di depan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Sumber: BERNAMA