Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Tanah Jerlus: Operasi SAR Ditangguh, Hanya Selipar Mangsa Ditemukan

Azizah Najib

Tanah Jerlus: Operasi SAR Ditangguh, Hanya Selipar Mangsa Ditemukan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pasukan SAR hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata selipar itu ditemukan terapung di kawasan kejadian yang telah dikorek pagi tadi.

“Kita telah ambil masa panjang untuk selamatkan mangsa dan pasukan skuba juga telah masuk ke lokasi itu… setakat ini, (mangsa) masih gagal dikesan.

“Pencarian di lokasi mangsa jatuh juga telah dilakukan secara 100 peratus,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian lewat tengah malam tadi.

BACA: 8.5 Juta Bakal Terima STR Fasa 3 Minggu Depan

Turut berada di lokasi kejadian Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizme Affendy Sulaiman serta Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam.

Beliau berkata operasi SAR terpaksa ditangguhkan sementara pada 12.30 tengah malam dan akan disambung semula 9 pagi esok susulan hujan lebat selain persekitaran gelap yang menyukarkan pencarian mangsa dilakukan.

Pasukan SAR, katanya turut berdepan cabaran iaitu arus deras dan terdapat gas selain air kumbahan yang boleh membahayakan unit skuba.

BACA: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

Bagaimanapun, Rusdi berkata lokasi sekitar masih selamat dilalui namun orang ramai dinasihat agar mengurangkan pergerakan di kawasan itu.

“Kita akan ketatkan kawalan di lokasi ini dan orang ramai diminta kurangkan pergerakan dan berjaga-jaga,” katanya.

Narendran pula berkata pihaknya akan membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa dengan membuka setiap lurang (lubang konkrit bertutup di jalan untuk membolehkan pekerja IWK memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran) di sepanjang tujuh kilometer jajaran saluran pembetungan hingga ke loji rawatan kumbahan di Pantai Dalam di sini.

“Kita akan ke hilir dan buka setiap lurang pembetungan dan kita akan teliti setiap lurang itu. Kita sudah mula buka tengah hari tadi tetapi tidak jumpa apa-apa.

BACA: Kenapa Mata Jadi Merah Lepas Berenang Di Kolam Renang? Ini Sebabnya

“Kalau ada, mangsa akan tersangkut di inter pump station namun setakat ini tiada,” katanya.

Beliau juga berkata badan manusia memang berkemungkinan dihanyutkan ke dalam saluran pembetungan itu kerana ia berdiameter 1.5 meter dan hujungnya lebih 3 meter.

“Ia memang paip yang besar kerana menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Insiden pada 8.20 pagi itu menyaksikan Jayaletchumy, 48, tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter ketika berjalan bersama keluarganya di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Sumber: BERNAMA