Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
anak menanti berita ibu hilang
Sumber: Astro Awani

Anak Setia Menanti Berita Ibu Hilang Dalam Insiden Tanah Jerlus

Hannah

Anak Setia Menanti Berita Ibu Hilang Dalam Insiden Tanah Jerlus

Seawal pagi lagi, kelihatan Surya berada di Masjid India, Kuala Lumpur, setia menanti berita tentang ibu yang hilang dalam insiden tanah jerlus.

Tiada sesiapa yang tahu perit dirasakannya, namun wajah sugulnya jelas memaparkan rasa duka dan rindu yang mendalam terhadap ibu tercinta.

Surya, 26, masih menunggu berita mengenai ibunya, Vijayaletchumy, 48, yang masih belum ditemui sejak insiden tanah jerlus berlaku pada pagi Jumaat lalu.

Barangkali, tempoh ini merupakan saat yang paling lama dan sukar bagi Surya dalam hidupnya.

Dalam tempoh 48 jam sejak kejadian tersebut, Surya kelihatan mundar-mandir ke khemah Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan betapa berat beban yang dipikulnya.

Walaupun raut wajahnya menceritakan segalanya, Surya masih belum bersedia untuk memberikan kenyataan kepada wartawan mengenai situasinya.

Hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan melibatkan pelbagai agensi.

Namun, pencarian masih belum menunjukkan sebarang hasil.

Pada Sabtu, operasi SAR terpaksa ditangguhkan kerana tiada petunjuk baharu ditemui.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah melakukan pencarian di enam lokasi utama sekitar kejadian.

Ini termasuklah lurang kumbahan dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.

Lokasi-lokasi yang telah diperiksa termasuk Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan Bulatan Kinabalu.

Malangnya, pencarian dalam dua lurang kumbahan terakhir dan loji kumbahan IWK di Pantai Dalam pada malam tadi juga tidak membuahkan hasil.

Ketika ini, hanya doa dan harapan yang mampu disandarkan oleh Surya dan seluruh masyarakat yang turut menunggu hasil pencarian.

BACA: Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun

BACA: Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Dalam Pembetung

BACA: Insiden Tanah Jerlus: Operasi Hari Kedua Belum Temukan Petunjuk Baharu

Sumber: Astro Awani