Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remy Ishak, Ashraf Muslim Antara Penerima Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Melaka

Iqbal Yasir
remy Ishak melaka
Gambar: Kerajaan Negeri Melaka/ FB

Remy Ishak, Ashraf Muslim Antara Penerima Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Melaka

MELAKA, 25 Ogos (Bernama) — Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Remy, ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Sementara itu Ashraf berkata menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia