BANDAR PUTERI BANGI, 24 OGOS 2024 – SZBLOOMS, pengedar rasmi Portmeirion UK di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan acara yang ditunggu-tunggu, Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka! Acara ini berlangsung dari 23 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi.
Pesta ini akan menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pencinta pinggan mangkuk eksklusif dan penggemar hiasan meja. Setiap pembelian juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, South Korea, atau Australia.
Khusus pada 24 Ogos 2024 (Sabtu), SZBLOOMS menganjurkan aktiviti Deko – Tablescapes bersama selebriti terkenal Rozita Che Wan (Che Ta) dan pasukan SZBLOOMS serta Home Influencers. Aktiviti ini bermula seawal 11 pagi untuk memberikan inspirasi kepada pengunjung mengenai cara menghias meja dengan gaya yang eksklusif dan kreatif
“Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami di SZBLOOMS berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia. Pesta ini bukan sahaja untuk menonjolkan produk kami, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dan komuniti,” kata Ir. Pn Syanita Zur, Pengasas di SZBLOOMS.
“Di SZBLOOMS, anda bukan hanya memilih pinggan mangkuk, tetapi juga simbol kasih yang akan menghiasi meja makan anda. Bayangkan anak-anak anda mendengar kisah-kisah indah dan merasai kehangatan keluarga di ruang yang sama, jom cipta kenangan baharu untuk generasi yang akan datang,” kata Muhammad Mujaheed Mahfuz, Ketua Eksekutif di SZBLOOMS
Kami mengajak semua penggemar pinggan mangkuk dan hiasan rumah untuk menyertai kami dalam merayakan keindahan dan keunikan Portmeirion di Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka!
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa dan berpeluang memenangi hadiah menarik.