Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Persandingan Tengku Puteri Afzan
Gambar: Bernama

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

Iqbal Yasir

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

KUANTAN, 25 Ogos (Bernama) — Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini malam ini.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selain dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan anak bekas Presiden Indonesia Suharto Siti Hediati Hariyadi.

Istiadat bermula pada 8.30 malam selepas Tengku Puteri Afzan, yang juga kembar Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang.

FD Idzham kemudian menghampiri Tengku Puteri Afzan dan menyerahkan sirih lat-lat yang kelihatan seolah-olah sejambak bunga kecil kepada isterinya yang menanti di peterana.

Majlis diteruskan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning antara pasangan pengantin yang segak dan anggun mengenakan busana berona putih yang disempurnakan kekanda Sultan Pahang Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tan Sri Dr Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah.

Sejurus itu, istiadat bersanding dan merenjis dizahirkan oleh Al-Sultan Abdullah diikuti Tunku Azizah, Sultanah Zahirah, Tengku Hassanal serta kekanda-kekanda Tengku Puteri Afzan yang mengenakan baju Melayu berwarna biru.

Ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria serta datuk dan nenek FD Idzham iaitu Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din serta Puan Sri Zainun Yaacob turut merenjis pasangan mempelai.

Turut merenjis pasangan itu Siti Hediati Hariyadi, Wan Rosdy dan isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed.

Majlis diakhiri dengan meletakkan peralatan istiadat iaitu pancabicara sebagai tanda merestui pasangan itu yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua itu kemudian dibawa meninggalkan istiadat bersanding untuk majlis memotong kek dan santapan.

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis lepas di Balai Mahkota disusuli istiadat berinai pada Jumaat.

Kesemua istiadat disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan satu di Tasik KotaSAS di sini.

Tinjauan Bernama di Dataran MBK 1 hari ini mendapati orang ramai mula membanjiri padang itu pada 7 malam untuk mengikuti secara dekat majlis berkenaan selain dilihat turut merakam istiadat perkahwinan diraja tersebut sebagai tanda kenangan.

Turut menarik perhatian ialah penganjuran Pasar Sera yang menempatkan ruang untuk orang ramai menitipkan ucapan kepada pasangan itu selain 80 gerai menjual pelbagai juadah makanan dan barangan.

Sumber: BERNAMA