Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
perpustakaan negara
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Pameran Digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR)

Nurul Naqiyah

Pameran Digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR)

BEAUFORT, 24 Ogos 2024 – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pagi ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara Ilmu Ini Khazanah Kita di Stesen Keretapi Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah dan Majlis Perasmian Program Etie Adat Tokou di Perpustakaan Desa Kampung Rancangan Klias, Beaufort Sabah.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Sutera Harbour Resort adalah bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam komuniti setempat serta mempromosikan program galakan membaca dengan pelbagai platform untuk masyarakat di Sabah.

YB Datuk Aaaron Ago Dagang berkata pelaksanaan program ini juga selari dengan fokus PNM iaitu memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca yang selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca menjelang tahun 2030.

Beliau turut memaklumkan bahawa Laporan Perangkaan Tahunan PNM 2023 menunjukkan PNM telah membuat perolehan sekurang-kurangnya 6 juta bahan termasuk bahan bercetak, bahan digital dan manuskrip Melayu dalam usaha menyediakan pelbagai bahan bacaan kepada orang awam.

Istimewanya hari ini, pameran digital yang diadakan di dalam kereta api adalah pameran digital pertama yang telah mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan tajuk First Digital Library Exhibition Aboard A Train.

PNM telah mengangkat kandungan pameran manuskrip Melayu, u-Pustaka, bahan-bahan terbitan PNS berkaitan kemerdekaan dan sejarah serta warisan budaya di Sabah.

Penggunaan teknologi realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR) dalam pameran ini memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung, terutama generasi muda, yang sering kali lebih cenderung kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

Menteri Perpaduan Negara turut mengumumkan bahawa Kementerian akan melanjutkan tempoh pameran ini mulai 24 Ogos sehingga 5 September 2024 dengan jangkaan pengunjung seramai 10,000 orang.

Selain itu, pengisian menarik yang telah diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Rancangan Klias ialah program Etie Adat Tokou iaitu majlis penyediaan makanan dan makan bersama komuniti sebagai simbol perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

PNM juga telah mengambil peluang untuk mengadakan program Malam di Perpustakaan (Night@The Library) di Perpustakaan Negeri Sabah di mana terdapat pengisian seperti storybook, bedtime storytelling, stargazing dan persembahan boneka untuk pengunjung PNS.

KPN berharap program seperti ini akan menjadi inspirasi kepada semua golongan masyarakat dalam usaha memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia selain dapat mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.