Siakap Keli
Visa keluarga tanah jerlus
Gambar: Bernama

Visa Empat Ahli Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjutkan Sebulan 

Visa Empat Ahli Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjutkan Sebulan 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Jabatan Imigresen telah melanjutkan visa kepada empat ahli keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India selama sebulan.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Applasamy berkata lanjutan visa itu diberikan kepada suami, anak dan dua ahli keluarga mangsa yang lain.

Beliau berkata semasa pertemuan dengan keluarga mangsa di lokasi kejadian hari ini, emosi mereka dilihat semakin stabil.

“Emosi keluarga sewaktu pertemuan tadi memang sedih tetapi mereka mula terima hakikat kejadian yang berlaku, bagaimanapun mereka mohon agar berpeluang melihat muka mangsa,” katanya kepada pemberita di sini.

Arvend berkata perjumpaan beliau dengan keluarga mangsa itu juga adalah untuk menyampaikan bantuan dan salam takziah daripada Ahmad Zahid.

Beliau berkata pihaknya turut memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa pasukan penyelamat komited dalam usaha melakukan pencarian wanita itu.

Jumaat lepas, mangsa Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Mangsa, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, melalui kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dan kawasan itu dikunjungi oleh ramai orang termasuk pelancong asing.

Hanya lima premis perniagaan ditutup dan direntangi tali kuning.

Difahamkan kerja-kerja ‘flushing’ masih dijalankan hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam operasi untuk mengesan mangsa yang masuk hari keempat.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tanah Jerlus: Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Kuala Lumpur Tidak Selamat

BACA: Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.