Siakap Keli
Barangan Paralimpik Malaysia
Gambar: TikTok @latifromly

“Looking Fresh” Latif Romly Kongsi Barangan Rasmi Atlet Paralimpik Malaysia

“Looking Fresh” Latif Romly Kongsi Barangan Rasmi Atlet Paralimpik Malaysia

Kurang sehari lagi, Sukan Paralimpik Paris 2024 bakal membuka tirai di bumi Perancis.

Temasya ini merupakan pentas sukan tertinggi yang ditunggu-tunggu oleh altet-altet kelainan upaya.

Difahamkan, sukan ini bakal bermula 28 Ogos hingga 8 September depan dan akan mengumpulkan pelbagai bintang atlet kelainan upaya dari seluruh dunia.

Bagi kontinjen Malaysia, seramai 30 atlet negara akan bersaing hebat dalam sukan yang dipertandingkan.

Momen ini sudah tentunya tidak ingin dilepaskan oleh mereka termasuk Datuk Abdul Latif Romly, salah seorang kontinjen negara yang berkongsi video ‘unboxing’ barangan dan pakaian temasya itu.

Gambar: TikTok @latifromly

Dalam klip berdurasi 47 saat itu, jelas kelihatan sebuah bagasi berwarna hitam yang tertera nama beliau dan logo Malaysia.

Latif, 27, juga berkongsi barangan dan pakaian rasmi satu demi satu yang diperolehinya untuk disarungkan sepanjang temasya itu.

“Pasukan Malaysia akan kelihatan segar tahun ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ini barangan yang diperolehi atlet para negara

Gambar: TikTok @latifromly

Antara barangan yang diperolehi ialah beg, topi, beg melancong, t-shirt harimau, t-shirt MPM, t-shirt proapparel, pin Malaysia, t-shirt Fifty7k sportsweat, t-shirt Fexiewear, t-shirt latihan, snek bar.

Bahkan atlet paralimpik negara juga memiliki kasut Voltra, t-shirt voltra, t-shirt nakawan, massage Gun Zero, Neck Massager Zero dan botol pengisar dari ISN.

Bagi majlis pembukaan temasya itu, atlet negara diberikan sepasang kasut dari jenama Skechers berwarna hitam.

Untuk makluman, Latif merupakan juara bertahan Paralimpik untuk dua kali berturut-turut selepas memenangi pingat emas ketika menyertai edisi 2016 di Rio serta Tokyo 2020.

Latif akan bertanding dalam acara  lompat jauh dan merupakan sandaran utama negara dalam merangkul pingat emas.

Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas serta dua pingat perak.

Semoga temasya kali ini beroleh kejayaan. Selamat berjuang kepada semua permata negara!

@latifromly

Team are going to be looking fresh this year #paris2024🇫🇷 #paralympic

♬ Feel Good – Tundra Beats

Sumber: TikTok @latifromly

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini 5 Fakta Menarik Sukan Paralimpik

BACA JUGA: Ini Sebab Sukan Skuasy Tak Dipertandingkan Dalam Olimpik

BACA JUGA: Kenapa Pemanah Korea Selatan Terlalu Handal? Ini Jawapannya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.