Program “Subuh Warriors” Masjid Al-Syakirin Curi Tumpuan
Masjid atau surau merupakan tempat ibadah yang sangat penting bagi umat Islam, di mana ia dianggap sebagai ‘rumah Allah’.
Selain menjadi tempat menunaikan solat, masjid juga berperanan penting dalam membentuk komuniti berlandaskan nilai-nilai Islam.
Kini, semakin banyak masjid dan surau aktif melaksanakan pelbagai program serta inisiatif bertujuan untuk menarik minat para jemaah, terutamanya golongan muda.
Antara masjid yang mencuri tumpuan dalam usaha ini ialah Masjid Al-Syakirin di Gombak, Selangor.
Masjid tersebut telah melancarkan satu program unik yang dinamakan “Subuh Warriors.”
Program ini khusus dirancang untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka rajin menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.
Melalui program ini, pihak masjid memberi galakan kepada kanak-kanak hadir ke masjid pada waktu Subuh dengan menawarkan ‘ganjaran’ menarik.
BACA: Bangkai Kapal Purba Dipercayai Lancang Kuning Ditemui Di Kepulauan Riau
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik menerusi TikTok, @masjidalsyakirin, kelihatan banyak kanak-kanak berbaris panjang, menunggu giliran dibayar ‘gaji’ oleh pihak masjid.
Difahamkan, pihak masjid menyediakan sebuah buku kecil seperti buku kehadiran sebagai bukti kanak-kanak hadir solat Subuh pada setiap pagi.
Pihak masjid akan memberikan satu cop untuk setiap kanak-kanak yang berjaya bangun pagi dan solat Subuh berjemaah.
Pada setiap hari Ahad setiap minggu pula, kanak-kanak tersebut boleh menuntut wang saku daripada pihak masjid mengikut kehadiran mereka.
Berdasarkan video, pihak masjid menjelaskan bahawa kanak-kanak akan diberikan RM3 bagi setiap hari yang dia datang ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.
“Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al-Syakirin.
“Setiap hari anak-anak akan mendapatkan cop, dan pada hari Ahad kami akan menyerahkan wang saku mengikut kehadiran mereka,” tulis pihak masjid dalam hantaran video tersebut.
@masjidalsyakirin Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin.Setiap hari anak anak akan dapatkan cop dan hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.#masjidalsyakiringombak #imarahmasjid #subuhwarrior
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji inisiatif unik yang dilihat sebagai langkah bijak menggalakkan golongan muda untuk lebih dekat dengan masjid.
“Bagus program begini. Mula-mula, kanak-kanak mungkin datang kerana ganjaran. Tapi lama-kelamaan hati mereka akan terbuka, dan insya-Allah, mereka akan ikhlas untuk hadir ke masjid setiap hari,”
“Dekat dunia dapat duit, tapi lama-lama anak akan faham di akhirat akan dapat ganjaran lebih lagi jika jaga solat dan kelakuan,”
“Benda ni tujuan utama nak ‘pancing’ budak-budak, tapi secara tak langsung, ibu bapa akan ‘terpancing’ sekali,”
BACA: Ramai Tak Tahu, Ini 5 Fakta Menarik Sukan Paralimpik
BACA: Luahan Rita Rudaini Untuk Anak-anak Undang Sebak Netizen
Sumber: Masjid Al-Syakirin via TikTok