Luahan Rita Rudaini Untuk Anak-anak Undang Sebak Netizen
Luahan penat lelah pelakon Rita Rudaini sebagai ibu kepada dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizyqin dan Airit Qaqa Arjuna dalam satu hantaran di Instagram mengundang sebak warga maya, baru-baru ini.
Rita Rudaini Mokhtar, 48, atau lebih dikenali sebagai Rita menerusi hantaran di Instagram meluahkan dirinya tidak sempurna namun tetap melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Tambah ibu tunggal itu, dia sehingga kini masih berusaha menjadi ibu yang terbaik buat cahaya matanya.
“Mommy selalu risau tentang masa depan kamu. Mommy selalu penat dan letih tetapi tetap berusaha untuk kamu. Mommy banyak berkorban demi kebahagian kamu.
“Mommy akan rasa bersalah jika tidak pernah ada kamu. Mommy sangat berbangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil apa pun.
“Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima? Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan.
“Diri mommy dah tiada apa-apa kerana semua keutamaan hal hanya pada kamu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mendoakan anak-anak pelakon drama Sehangat Asmara itu dapat mengecapi kejayaan dalam setiap langkah.
Bahkan, mereka turut memuji semangat ibu tunggal itu dalam membesarkan dua cahaya mata seorang diri dan layak dianggap sebagai ikon ibu Malaysia.
“Menangis baca, tahniah kak atas kejayaan membesarkan mereka sendiri. Saya doakan kebahagian kak untuk mereka dunia dan akhirat,” luah seorang pengguna platform itu.
“The Truly Mom. Sepatutnya Rita dijadikan ikon Ibu Malaysia. Sentiasa tabah untuk anak-anak. Boleh bagi inspirasi ramai ibu tunggal dekat luar sana,” komen seorang pengguna.
“Aku kagum sungguh dengan manusia nama Rita Rudaini ni, Allah SWT tunjuk satu-satu bila anak-anak dia dah besar dia berjaya didik anak dia sorang, tanpa bantuan atau pun belas kasihan dari sesiapa. Tahniah kak,” kongsi seorang lagi pengguna.
Sumber: Instagram Rita Rudaini, Astro Gempak