Siakap Keli
anak rita rudaini cemerlang
Kredit: Rita Rudaini via Instagram

Pecah Rekod 20 Tahun MSSD, Rita Rudaini Bangga Anak Cemerlang Akademik & Sukan 

Pecah Rekod 20 Tahun MSSD, Rita Rudaini Bangga Anak Cemerlang Akademik & Sukan

Pelakon terkenal, Rita Rudaini, meluahkan rasa bangga dan syukur apabila anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga sukan.

Rita berkongsi bahawa Rayyan telah berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) menerusi acara pecut 100 meter.

Difahamkan, Rayyan melakar rekod baharu bagi acara tersebut dengan catatan masa 11.44 saat, menewaskan rekod MSSD Sabak Bernam yang pernah dicatatkan pada 20 tahun lalu, iaitu 11.58 saat.

“Alhamdulillah, rezeki Rayyan dapat menjadi wakil di peringkat MSS.

“Rayyan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula.

“Mommy bangga,” tulis Rita dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, dalam video rangkuman yang dikongsikan oleh Rita, Rayyan turut memperoleh pointer 3.99 beberapa bulan lalu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.

Terdahulu, Rita juga pernah berkongsi momen membanggakan apabila Rayyan mendapat Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab.

Untuk info, Rayyan merupakan anak kepada Rita dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Mereka juga dikurniakan seorang lagi anak, iaitu Airit Qaqa Arjuna. Selain Rayyan, Qaqa juga dilihat aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak.

Kini, kedua-dua putera hasil perkahwinan mereka itu berada di bawah jagaan Rita selepas perpisahan pada tahun 2013.

BACA: Orang Asli Terima Diploma Dalam Bidang Kejuruteraan Awam

BACA: Anne Ngasri Genggam Diploma KLTVET Di Usia 39 Tahun

BACA: Intan Najuwa Kongsi Momen ‘Gender Reveal’ Cahaya Mata Sulung

Sumber: Rita Rudaini via Instagram

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.