Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Saga Berakhir, Manuel Ugarte Sah Ke Manchester United

Manuel Ugarte Manchester United
Gambar: Fabrizio Romano

Saga Berakhir, Manuel Ugarte Sah Ke Manchester United

Sebelum jendela perpindahan berakhir, kelab calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United melengkapkan perpindahan pemain Paris Saint-Germain (PSG) Manuel Ugarte selepas sah menyertai kelab itu, lapor ESPN.

Difahamkan, United telah mencapai persetujuan perjanjian awal yang bernilai £42 juta ($55.5 juta) dengan tambahan £8 juta lagi potensi tambahan.

Pemain itu juga dilaporkan bakal terbang ke Manchester pada Selasa untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan secara rasmi menyarung jersi kelab itu.

Dengan perpindahan ini, pemain berusia 23 tahun berkemungkinan bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford pada Ahad depan.

Sebelum ini, pemain kelahiran Uruguay itu menjadi sasaran utama United pada musim panas.

Apatah lagi, pemain itu tiada dalam senarai skuad PSG dalam dua perlawanan pertama Ligue 1 musim ini menentang Le Havre dan Montpellier.

Sepanjang bersama PSG, Ugarte telah membuat 37 penampilan pada musim lalu selepas berpindah dari Sporting CP pada tahun 2023.

Untuk makluman, The Red Devils telah membelanjakan lebih £180 juta untuk jendela perpindahan kali ini.

Gambar: AFP

Sementara itu, wartawan bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano turut mengesahkan bekas pemain tengah PSG itu menyertai The Red Devils.

“Manchester United menandatangani Manuel Ugarte dari Paris Saint-Germain.

“Perjanjian dilengkapkan antara PSG dengan yuran perpindahan bernilai €50 Juta dan pakej tambahan €10 Juta, menjadikan jumlah keseluruhan €60 juta.

“Ugarte akan terbang ke Manchester hari ini untuk perubatan kerana dia hanya mahukan United, United hanya mahukannya.

“Syarat peribadi juga telah dipersetujui pada bulan Julai dengan pemain itu menjadi sasaran utama Manchester United menandatanganinya,” tulis Fabrizio.

Manchester United kini menduduki tangga ke-11 liga selepas menang tipis 1-0 terhadap Fulham pada aksi pertama mereka dan tewas 1-2 kepada Brighton.

Sumber: ESPN, Fabrizio Romano/Facebook