Bukan Ikan Tempatan, Rupanya Tilapia Dari Benua Ini
Perairan Malaysia mempunyai begitu banyak spesies hidupan air sehingga Malaysia disenaraikan sebagai salah satu megadiversiti di dunia, menurut Universiti Putra Malaysia. Kajian-kajian para penyelidik menunjukkan Malaysia kini tersenarai sebagai kawasan sensitif biodiversiti.
Kawasan sensitif biodiversiti ini bermaksud kawasan tersebut mempunyai kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan yang tidak boleh dijumpai di mana-mana kawasan lain.
Dengan perkongsian para penyelidik yang semakin meluas di laman sosial, semakin banyak maklumat baharu yang dapat diketahui umum. Antara maklumat yang pernah mengejutkan masyarakat kebelakangan ini ialah penangkapan ribuan kilogram ikan bandaraya yang dilepaskan pemilik ke sungai dan tasik menjadi ancaman hidupan akuatik tempatan.
BACA: Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik
Tahukah anda? Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan dikongsi oleh seorang Penyelidik Pelawat di Environmental Management and Conservation Research Unit (eNCORe), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Ilham Norhakim Lokman, atau lebih dikenali dengan nama Abg Ikan di TikTok berkongsi fakta asal usul ikan talapia. Ikan yang juga disebut tilapia itu rupa-rupanya bukan ikan tempatan di perairan Malaysia.
“Untuk pengetahuan anda, ikan tilapia ini bukanlah ikan tempatan. Tetapi ikan yang dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 50an, untuk sumber protein kita. Ikan tilapia ini asalnya (dari) Afrika, dari Sungai Nil,” katanya
Dengan nama saintifiknya, oreochromis, tilapia merupakan ikan yang berasal daripada benua Afrika. Fakta ini turut dinyatakan secara terperinci di laman sesawang Ecology Asia.
BACA: Hairan, Kenapa Petani Tanam Bunga Turnera Dekat Kebun? Ini Sebabnya
Tilapia merupakan spesis ikan yang tahan lasak. Ia boleh hidup dalam perairan yang julat pH yang tinggi iaitu berasid atau beralkali. Malah, ikan ini turut mampu hidup dalam air yang tercemar. Bersifat omnivor, ikan tilapia merupakan pemangsa kepada anak-anak ikan selain menjadikan alga dan tumbuhan air sebagai makanannya.
@abg_ikan6945 Ikan talapia bukan ikan Malaysia !!! Ini ikan pendatang!! Asal Afrika!!! Eh jap, korang panggil talapia ke tilapia ?? #fy #fyp #fypシ #fypシ゚viral #ikan #fish #talapia #cichlid #oreochromisniloticus #Oreochromis #invasivespecies #invasifspecies #ikanpendatang #ecosystem #biodiversity #food #fishforfood #ikantalapia
♬ original sound – Abg Ikan : The Adventure – Abg Ikan : The Adventure
Menerusi perkongsiannya, Ilham turut menasihati orang ramai untuk tidak melepaskan ikan tilapia di sungai disebabkan sifatnya yang invasif.
Menurut Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), spesies asing invasif ialah spesies tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang berada di luar kawasan semula jadinya. Spesies ini memberikan kesan negatif terhadap keseimbangan ekosistem, sosioekonomi atau kesihatan spesies di habitat barunya.
DOA turut menyediakan langkah-langkah pencegahan dari tersebarnya spesies asing invasif ini, antaranya dengan mengelakkan dari membawa pulang tumbuhan, bahagian tumbuhan, biji benih, haiwan, serangga, tanah atau media tanaman apabila pulang dari luar negara.
Bagi mereka yang mencari haiwan peliharaan pula, pastikan haiwan yang ingin dibela itu bukan dari senarai spesies asing invasif. DOA juga melarang orang awam dari membuang spesies ini ke sungai, tasik atau kolam.