Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Skuad Palestin Malaysia
Gambar: FAM

Skuad Palestin Anggap Malaysia ‘Rumah Kedua’

Iqbal Yasir

Skuad Palestin Anggap Malaysia ‘Rumah Kedua’

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Tonggak tengah pasukan bola sepak Palestin Mohammed Bassim Ahmed Rashid menyifatkan Malaysia sebagai ‘rumah kedua’ bagi skuadnya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini pada Isnin lepas.

Mohammed Bassim berkata beliau sendiri menyaksikan rata-rata peminat bola sepak negara ini memberi sokongan besar dan solidariti kepada Palestin sama ada ketika aksi pasukan kebangsaan Harimau Malaya atau perlawanan Liga Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sini juga bakal memberi manfaat besar kepada skuadnya untuk beraksi pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan dan Jordan September ini.

“Saya rasa amat sukar untuk bermain di Palestin. Kami berkampung di sini selama lima hari sebelum ke Korea Selatan dan ia begitu penting.

“Saya berharap ia membantu dalam perlawanan pertama kami menentang Korea Selatan dan selepas itu Jordan,” katanya pada sesi latihan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras di sini hari ini.

Skuad bimbingan Makram Daboud itu tiba di ibu kota pada Isnin untuk membuat persediaan menjelang aksi Pusingan Tiga Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Korea Selatan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan bantuan fasiliti dan kemudahan untuk digunakan.

Selepas bertemu Korea Selatan di Seoul pada 5 Sept ini, Palestin yang berada di ranking ke-96 dunia akan kembali ke Malaysia untuk melayan kunjungan Jordan bagi aksi kedua Kumpulan B pada 10 Sept.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) memilih Malaysia sebagai venue untuk gelanggang sendiri bagi perlawanan bertemu Jordan.

FAM diberi tanggungjawab menguruskan perlawanan itu dari segi operasi dan teknikal termasuk kem latihan pusat pasukan berkenaan.

Sumber: BERNAMA