Wan Kuzain, Mats Deijl Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya
Dua pemain berdarah campuran, Wan Kuzain Wan Kamal (Malaysia-Amerika Syarikat) dan Mats Deijl (Malaysia-Belanda) dijangka akan menyarung jersi skuad Harimau Malaya tidak lama lagi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai dua pemain berkenaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu sidang media di ibu negara hari ini turut mengesahkan perkara tersebut.
Untuk makluman, Wan Kuzain merupakan pemain tengah manakala Mats Deijl bermain di posisi bek kanan.
https://x.com/zulhelmizainal1/status/1829077226337583517?t=RBBWLw4N-92CXUqJEy3kCA&s=19&fbclid=IwY2xjawE9GzdleHRuA2FlbQIxMAABHSLCB9mgS0j7yd09TBH5HJ8QBau9SevRjf12lMiekqh7cA1SJDzmaqHlbQ_aem_yZAG80crAxvhr208EvO5tw
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Astro Arena