Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kronologi tanah jerlus
Sumber: Sinar Harian

Kronologi Insiden Tanah Jerlus Di Masjid India 

Hannah

Kronologi Insiden Tanah Jerlus Di Masjid India

Selepas sembilan hari menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijaya Laksmi Goli, 48, mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, operasi tersebut dihentikan serta-merta pada Sabtu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, penghentian operasi SAR ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Ini termasuklah dapatan di lokasi kejadian serta isu keselamatan yang membabitkan pasukan penyelamat yang berada di lokasi.

Berikut adalah kronologi kejadian tanah jerlus tersebut:

Sumber: Sinar Harian

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima panggilan berhubung kejadian tanah jerlus di hadapan Jalan Masjid India pada jam 8.22 pagi.

Sebanyak 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah dikerahkan sebagai pasukan awal untuk menangani insiden tersebut.

Siasatan mendapati seorang pelancong wanita dari India, Vijaya Laksmi Goli, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.

Mangsa dilaporkan sedang berjalan kaki di kawasan sekitar Selangor Mansion sebelum kejadian berlaku.

Pasukan penyelamat terpaksa mendapatkan bantuan jentera kren daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari mangsa.

Suami mangsa mendakwa bahawa isterinya sempat menjerit meminta pertolongan sebelum terus senyap beberapa ketika kemudian.

Mangsa dipercayai telah dihanyutkan oleh arus deras bawah tanah, dan usaha pencarian difokuskan kepada saluran paip kumbahan.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam.

Sumber: Sinar Harian

Operasi SAR diteruskan dengan kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM serta DBKL yang memulakan tugas mereka di lokasi seawal jam 8 pagi.

Fokus pencarian mangsa tertumpu pada enam lurang kumbahan yang terletak di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 7 malam setelah semua enam lurang kumbahan yang menjadi tumpuan pencarian selesai diperiksa, namun tiada sebarang petunjuk ditemui.

Sumber: Sinar Harian

Operasi SAR diteruskan sekitar jam 9.30 pagi, dengan tumpuan diberikan kepada lurang kedua di Jalan Melayu dan lurang ketiga di persimpangan Jalan Melayu.

Premis perniagaan di lokasi sekitar masih ditutup berikutan arahan pihak berkuasa. Pemerhatian di lokasi mendapati hampir semua premis perniagaan di Malayan Mansion tidak beroperasi.

Pasukan JBPM pada Ahad telah mengepam keluar air dari saluran kumbahan di Indah Water Konsortium (IWK) Kuala Lumpur di Pantai Dalam sebagai usaha untuk mencari mangsa.

Sebuah pasukan khas telah dibentuk untuk mengkaji struktur tanah bagi memastikan kawasan sekitar Masjid Tanah berada dalam keadaan selamat.

Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai menjadi saksi kejadian tanah jerlus yang melibatkan seorang wanita warga India di Jalan Masjid India.

Sumber: Sinar Harian

DBKL memaklumkan bahawa dua kali teknik ‘flushing’ telah dilakukan dalam operasi SAR pada 25 Ogos, namun mangsa masih belum ditemui.

Pihak IWK menjalankan teknik ‘flushing’ untuk mengesan mangsa berusia 48 tahun itu. IWK juga telah melakukan kerja pemecahan serpihan sepanjang 69 meter.

Pasukan SAR menggunakan teknologi kamera dengan dua teknik iaitu ‘push rod’ dan ‘crawler’ yang dimasukkan ke dalam paip pembetungan untuk mencari mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata operasi SAR telah memasuki hari keempat, dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) yang berfungsi ‘menembusi tanah’ digunakan di kawasan pencarian untuk mengesan mangsa yang tertimbus akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Pasukan SAR yang terlibat meneruskan usaha pencarian hingga ke lokasi terakhir loji IWK di Pantai Dalam.

Dua ekor anjing dari Unit Pengesan (K9) JBPM, Denti dan Frankie, dibawa ke lokasi tanah jerlus untuk membantu misi pencarian.

Operasi SAR dihentikan sementara akibat hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak pukul 7.30 malam.

Sumber: Sinar Harian

Satu lagi kejadian tanah mendap berlaku sekitar 50 meter dari tempat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang dipercayai terjadi sekitar jam 2.30 pagi selepas hujan lebat dan ribut malam sebelumnya.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) meneruskan kerja-kerja GPR untuk menilai keadaan tanah di kawasan laluan saluran kumbahan.

DBKL mengambil tindakan dengan menutup satu lagi kawasan tanah mendap di Jalan Masjid India yang telah dikenal pasti, menggunakan tali keselamatan dan penghadang air.

Pasukan SAR sekali lagi memasuki stesen pam di loji IWK Pantai Dalam.

Laluan di sepanjang Jalan Masjid India ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian kedua tanah mendap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa Kuala Lumpur masih dalam keadaan selamat.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan persiapan untuk mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh dalam insiden tanah jerlus.

Halangan berupa objek dikesan tersekat antara kawasan tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua di sekitar Jalan Masjid India.

Sumber: Sinar Harian

Penggunaan kaedah GPR diteruskan dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Anggota JBPM, lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) dan alat bantuan pernafasan, terus menjalankan operasi SAR di loji IWK Pantai Dalam.

Pasukan SAR memaklumkan bahawa mereka bukan sahaja perlu menghadapi tekanan air seberat 100 tan, tetapi juga risiko lain seperti objek dalam saluran pembentungan, yang perlu dialihkan sekiranya menghalang operasi di Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia turut hadir di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sumber: Sinar Harian

Pasukan penyelam dari JBPM yang menjalankan operasi mencari mangsa dengan melakukan selaman di saluran kumbahan berhampiran lokasi kejadian pada awal pagi sekali lagi berdepan kegagalan.

Operasi SAR masih tertumpu kepada usaha menyelesaikan ‘backlog’ yang melibatkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian.

Tiga pam elektrik berkapasiti tinggi telah digunakan dalam operasi SAR.

Stesen pam di loji IWK Pantai Dalam telah diperiksa sebanyak dua kali oleh JBPM bagi meneliti sisa kumbahan dan mengesan sebarang petunjuk berhubung pencarian mangsa tanah jerlus.

Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada malam hari.

Pasukan SAR dijangka akan menggunakan kamera teleskopik dalam operasi ini.

Sumber: Sinar Harian

Pasukan SAR terus komited mengesan mangsa, di mana operasi pencarian kini memasuki hari kesembilan sejak ia berlaku pada 23 Ogos.

Sehingga kini, masih tiada petunjuk baharu dalam usaha SAR untuk mencari wanita warga India yang terlibat dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, dalam sidang media, mengumumkan bahawa operasi SAR akan dihentikan dan akan beralih kepada fasa ‘search and recovery’.

Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

BACA: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

BACA: Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa, Masih Belum Ditemui

BACA: Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Terima Hakikat, Mahu Tatap Wajah Mangsa

Sumber: Sinar Harian