Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tanah jerlus keluarga terima hakikat
Gambar: Bernama

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Terima Hakikat, Mahu Tatap Wajah Mangsa

Iqbal Yasir

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Terima Hakikat, Mahu Tatap Wajah Mangsa

KUALA LUMPUR — Ahli keluarga wanita warga India yang masih hilang dałam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India telah menerima hakikat dengan perkara yang terjadi dan berharap dapat menatap wajah mangsa, lapor Astro Awani.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Appiasamy berkongsi tentang perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli keluarga mangsa.

Ujar Arvend, ahli keluarga mangsa telah reda dengan pemergian mangsa namun tidak menolak sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

“Sewaktu pertemuan, pada awalnya mereka juga rasa segan nak bercakap dengan saya.

“Tetapi saya juga merupakan orang Telegu, bermaksud latar belakang sama dengan mereka.

“Bila saya guna bahasa itu, mereka terkejut dan rasa lebih selesa dan sudah pasti sedih pada awalnya.

“Tetapi pada masa sama mereka dah terima hakikat dan kata pada saya, (mereka) tidak jangka apa-apa cuma nak tengok muka mangsa sahaja.

“Itu cukup sedih untuk dengar… Mereka sudah sedia apa-apa sahaja situasi,” maklumnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Arvend memberitahu ahli keluarga mangsa secara peribadi memintanya untuk memberi ‘push factor’ kepada pihak berkuasa untuk memcepatkan misi pencarian (SAR).

“Terapi saya sudah jelaskan pada mereka bahawa pihak berkuasa kita ini sudah pun bersungguh-sungguh sebenarnya,” tambahnya.

Bagi meringankan beban ahli keluarga mangsa, Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Arvand untuk menyantuni mereka termasuk memberikan sumbangan.

Dalam masa yang sama, semua visa ahli keluarga mangsa wanita telah dilanjutkan selama sebulan lagi dan berkuat-kuasa pada hari ini.

Sebelum ini, Vijayaletchumy, 48, dilaporkan terjatuh dan hilang ke lubang sedalam lapan meter berikutan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada pagi Jumaat lalu.

Teknik ‘flushing antara usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam misi SAR sejak hari ketiga.

Bagaimanapun, memasuki hari keempat pencarian, mangsa dilaporkan masih belum ditemui sejak hari kejadian.

Sumber: Astro Awani

BACA: Mohd Zuki Ali Dilantik Pengerusi Baharu KWSP, Berkuat Kuasa Mulai 1 September

BACA: Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan

BACA: Dilapor Hilang Lebih Tujuh Hari, Isteri Mohon Bantuan Kesan Faizal Ahmad