Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hilang faizal ahmad
Sumber: Sinar Harian

Dilapor Hilang Lebih Tujuh Hari, Isteri Mohon Bantuan Kesan Faizal Ahmad

Hannah

Dilapor Hilang Lebih Tujuh Hari, Isteri Mohon Bantuan Kesan Faizal Ahmad

Seorang lelaki yang juga merupakan jurutera dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Panji, Kota Bharu, dilaporkan hilang setelah keluar bekerja lebih dari seminggu lalu.

Isterinya, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, memaklumkan bahawa suaminya, Faizal Ahmad, 39, telah meninggalkan rumah sekitar pukul 4 petang pada 16 Ogos lalu.

Faizal memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar kawasan dan akan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari.

“Saya tak dapat pastikan tempat dia bekerja tetapi dikatakan di daerah ini sahaja, namun kini sudah 10 hari dia tidak pulang dan telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.

“Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik, saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak,” kata Nurul Ain dalam nada sebak ketika dihubungi pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Nurul Ain yang juga seorang suri rumah sedang sarat mengandung enam bulan anak kedua mereka, manakala anak lelaki sulung mereka berusia enam tahun.

Menurut Nurul Ain, beliau berasal dari Johor Bahru, Johor, manakala suaminya pula berasal dari Taiping, Perak, dan mereka telah menetap di Kota Bharu selama enam tahun.

BACA: Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Tambah Nurul Ain, Faizal merupakan seorang suami yang baik dan mereka tidak pernah mengalami sebarang perselisihan faham sebelum kehilangannya.

“Dia juga bapa yang sangat penyayang dan rapat dengan anak sulung. Sekarang anak kami kerap menangis kerana rindukan bapanya.

“Biasa, dia akan menelefon saya jika telefon bimbitnya bermasalah atau habis bateri, tetapi kali ini terakhir saya dapat bercakap dengan dia hanya pada jam 8.30 malam, 16 Ogos lalu, itu pun hanya perbualan biasa, tak ada yang pelik,” katanya.

Justeru, kerana bimbang akan keselamatan suaminya, Nurul Ain telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada Ahad.

Beliau juga berharap agar suaminya dapat pulang dengan selamat.

“Kali terakhir, dia keluar menunggang motosikal Ego Avantiz bernombor plat DDU4787.

“Saya meminta orang ramai yang terlihat suami saya untuk membantu menghubungi saya atau mana-mana balai berdekatan,” ujarnya.

BACA: Dipercayai Dibunuh, Mayat Nur Farah Kartini Ditemui Di Kuala Kubu Baharu

BACA: Dilapor Hilang Sudah Lapan Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala Milik Cikgu Istiqomah

Sumber: Sinar Harian