Siakap Keli
Wajah Mangsa tanah jerlus
Gambar: Sinar Harian

Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa, Masih Belum Ditemui

Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa, Masih Belum Ditemui

KUALA LUMPUR — “Ya, betul, itu ibu saya,” demikian kata anak lelaki mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India ketika mengesahkan kesahihan wajah ibunya, lapor Sinar Harian.

Wartawan: Ini gambar ibu kamu?

Surya: Ya betul.

Wartawan: Kamu boleh cakap (bahasa) Tamil? Surya: Boleh, sikit-sikit (sambil mengangguk)

Difahamkan, sehingga kini mangsa masih belum ditemui tetapi Surya diminta untuk mengesahkan wajah ibunya, ijayaletchumy, 48.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, Surya masih menunggu di lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan semasa.

Berbeza pada hari pertama kejadian, raut wajah lelaki berusia 20-an terbabit lebih kelihatan tenang dan emosinya terkawal.

BACA: Ini Empat Lokasi Paling Berisiko Berlaku Tanah Jerlus Di KL – Kajian

Dalam masa yang sama, Surya berharap ibunya dapat ditemukan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Vijayaletchumy seorang wanita warga India dipercayai terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat  kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu.

Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa yang juga pelancong dilaporkan sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kuil berhampiran.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India mula menjalankan teknik ‘flushing’ di sebuah lurang yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus, lapor SK.

Pasukan SAR itu dilihat membuka lurang berkenaan dan melakukan tinjauan sebelum kerja-kerja ‘flushing’ bermula pada 9.40 pagi.

Difahamkan air daripada lori tangki milik Indah Water Konsortium (IWK) kemudian digunakan untuk kerja-kerja ‘flushing’ bagi mengesan wanita itu yang hilang sejak Jumaat lepas.

Selain itu, mesin jetter atau jet pembetung berkuasa tinggi kini digunakan bagi memecah sisa batuan yang terdapat di lurang di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Kuala Lumpur Tidak Selamat

BACA JUGA: Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa

BACA JUGA: Anak Setia Menanti Berita Ibu Hilang Dalam Insiden Tanah Jerlus

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.