Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini Empat Lokasi Paling Berisiko Berlaku Tanah Jerlus Di KL – Kajian
Baru-baru ini, kejadian tanah jerlus atau sinkhole yang berlaku di Masjid India, Kuala Lumpur telah menimbulkan kegusaran orang ramai mengenai faktor geografi di sekitar kawasan ibu negara itu.
Lebih-lebih lagi, kejadian serupa sebelum ini pernah berlaku di beberapa kawasan di beberapa tempat di sekitar lokasi Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian Public Health Malaysia, ia mennunjukkan terdapat satu kajian ada mendedahkan beberapa kawasan berisiko terjadinya tanah jerlus di sekitar Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ketahui lokasi yang berisiko tinggi terjadinya tanah jerlus di ibu negara ini di bawah.
Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)
Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.
Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.
Lokasi Kejadian Sinkhole Sebelum Ini:
1. Ampang
2. Pudu
3. Kepong
4. Kg. Baru
Lokasi dengan Risiko Rendah (Low Risk):
1. TTDI
2. Bukit Jalil
3. Sg. Besi
Lokasi dengan Risiko Tinggi (High Risk):
1. Pudu
2. Cheras
3. KLCC
Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi (Very High Risk):
1. Kepong
2. Kg. Baru
3. Ampang
4. Pandan Jaya
Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.

Sumber: Public Health Malaysia