Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Muhammad fareez separuh akhir
Gambar: BERNAMA

Muhammad Fareez Juarai Kumpulan B, Tak Percaya Ke Separuh Akhir

Iqbal Yasir

Muhammad Fareez Juarai Kumpulan B, Tak Percaya Ke Separuh Akhir

PARIS, 31 Ogos (Bernama) — Pemain badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B di Porte de La Chapelle Arena di sini, hari ini.

Muhammad Fareez bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21, sebelum berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

Pemain berusia 28 tahun yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik itu mengakui permainannya agak perlahan pada set pertama kerana kerap memikirkan untuk memenangi perlawanan dan mengungguli kumpulan.

“Fikiran saya terganggu pada set pertama terlalu fikirkan nak menang kumpulan dan set kedua jurulatih (Nova Armada) beritahu cepatkan permainan dan saya all out dalam set seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di zon campuran.

Atlet dari Johor itu yang mengalami kecacatan siku kanan akibat kemalangan motosikal pada usia 15 tahun bagaikan tidak percaya mampu mara ke separuh akhir, selepas diundi dalam kumpulan maut bersama pemain nombor dua dunia, Fang Jen-Yu dari Taiwan dan pemain ketiga terbaik dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia.

“Pencapaian ke separuh akhir sudah cukup baik buat saya. Saya turun di sini sebagai bukan pilihan sahaja namun Alhamdulillah semua perlawanan saya dapat atasi dengan sebaiknya,” katanya.

Gambar: BERNAMA

Khamis lepas, pemain nombor empat dunia itu mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua Jen-Yu 21-14, 21-18 diikuti kemenangan ke atas Anrimusthi yang juga juara Sukan Para Asia Hangzhou 2022, 14-21, 21-19, 21-19, semalam.

BACA: Terima Kasih Sze Fei-Nur Izzuddin – BAM

Dalam pada itu, Anrimusthi mengikut jejak langkah Muhammad Fareez ke separuh akhir dengan mengatasi Jen-Yu, 21-14, 21-18, untuk muncul naib juara Kumpulan B.

Sementara itu, cabaran Muhammad Ikhwan Ramli yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki WH1 (kecacatan fizikal) berakhir apabila gagal melepasi Kumpulan B untuk mara ke suku akhir selepas tewas mudah 7-21, 4-21 kepada Qu Zi Mo dari China dalam masa 21 minit.

Noor Azwan Noorlan, yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki WH2 (kecacatan fizikal) juga mengharungi kempen sulung yang mengecewakan apabila tewas kepada Ho Yuen Chan dari Hong Kong, 11-21, 11-21, selepas dikalahkan wakil Chile, Jamie Aranguiz, 15-21, 13-21 semalam bagi aksi Kumpulan D.

Terdahulu, Muhammad Ikhwan yang bergandingan bersama Noor Azwan dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) melakar kemenangan sulung mereka di sini ke atas Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider dari Jerman 21-19, 21-17, pada aksi Kumpulan B.

Bagaimanapun, mereka tersingkir awal selepas tumpas kepada pasangan Jepun Daiki Kajiwara-Hiroshi Murayama 21-17, 13-21, 16-21 dan beregu China Qu Zi Mo-Mai Jianpeng 16-21, 6-21.

Sumber: BERNAMA