Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: X, Fb Waieyong
Tiada Kategori

Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa, Central World

Iqbal Yasir

Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa, Central World

Tnggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat buat mereka yang bergelar rakyat Malaysia. Ini kerana tarikh berkenaan adalah hari nenek moyang kita berjaya meraih kemerdekaan daripada cengkaman penjajah.

Setiap tahun, sambutan ini disambut dengan penuh warna-warni dan meriah di pelbagai tempat sama ada di kampung. di daerah sehinggalah di peringkat kebangsaan.

Baru-baru ini, tular beberapa bangunan ikonik di luar negara memaparkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67.

Antaranya bangunan pencakar langit, Menara Burj Khalifa di Dubai dan pusat membeli-belah Central World, Bangkok.

Susulan itu, ia telah menjadi perhatian ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia, yang berbangga kerana Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit itu.

Menerusi perkongsian akaun X @MohdNazmiNordin menunjukkan bendera kebanggaan rakyat Malaysia terpampang dan dapat dilhat dari jauh di sekitar bandar itu.

“Bangga menjadi rakyat Malaysia di sini.

“Setiap tahun tidak dilupakan, Kerajaan UAE akan pamerkan Jalur Gemilang di Burj Khalifa Dubai sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia,” tulisnya.

BACA JUGA: Keluarga Mangsa Buat Upacara Agama Sebelum Pulang Ke India

Sementara itu di Thailand, seorang pengguna Facebook, Waiyeong Yau turut berkongsi momen hampir sama namun di sebuah pusat beli-belah terkenal di Bangkok iaitu CentralWorld.

“Rakyat Thailand di pusat beli-belah Central World, Bangkok mengucapkan Malaysia selamat menyambut Hari Kemerdekaan! Merdeka!” kongsinya dalam satu hantaran.

BACA JUGA: Komando Cilik, Pakaian Beragam “Special Force” Adik-adik Ni Curi Tumpuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan terima kasih di atas penghargaan untuk memaparkan Jalur Gemilang di negara luar.

Pada 31 Ogos lalu, Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”.

Difahamkan seramai 17,262 peserta dari 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan dalam menjayakan acara tahunan itu.

Sumber: X@MohdNazmiNordin, Facebook/Waiyeong Yau

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia