Komando Cilik, Pakaian Beragam “Special Force” Adik-adik Ni Curi Tumpuan
31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi Malaysia. Pada pada tarikh tersebut kita menyambut hari bersejarah iaitu Hari Kemerdekaan tanah air tercinta daripada cengkaman penjajah.
Sambutan yang diadakan pula berlangsung di pelbagai tempat dan peringkat. Misalnya tahun ini, sambutan di peringkat Persekutuan diadakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Di peringkat sekolah pula, kemeriahan bulan kemerdekaan ini dirasai lebih awal iaitu sebaik sahaja memasuki Ogos.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan yang bertujuan untuk menanamkan sifat cinta dan kasih sayang kepada negara dalam diri murid-murid.
Malah, kisah-kisah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan akan diketengahkan supaya generasi hari ini tidak melupakan perjuangan para perwira tanah air.
Selain pertandingan nyanyian lagu patriotik, aktiviti pakaian beragam bertemakan kebudayaan nasional dan kemerdekaan juga akan berjalan.
Menariknya, siapa sangka pertandingan pakaian beragam di sekolah boleh menjadi begitu meriah, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa turut terlibat sama.
Pakaian beragam komando cilik dua beradik curi tumpuan warga maya
Seorang pengguna Tiktok, Saiful Azwan baru-baru ini berkongsi penampilan pakaian beragam dua orang anaknya yang luar biasa dan menarik perhatian.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat anaknya, Ammar Aakif dan Aisy Muhammad mengenakan uniform yang biasa disarung oleh anggota pasukan khas atau lebih dikenali sebagai komando.
@2ttouring554 Semoga Berjaya dan Menang k🔥🔥 #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fyp #fypp #Fyp #bismillahfyp #FYP #bismillahfyp #FYP #fypシ #fypシ゚viral #pakaianberagammerdeka #takluk #pakaianpatriotik
Tidak dinafikan idea tersebut sangat kreatif kerana pakaian beragam lengkap itu membuatkan mereka kelihatan seperti anggota tentera yang sebenar.
Ia sekaligus boleh menarik minat generasi muda kepada pasukan beruniform dan menanam cita-cita untuk menjadi anggota pasukan khas suatu hari nanti.
Dapat tontonan tinggi daripada pengguna TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa kagum dengan video yang dikongsikan oleh Saiful Azwan.
Pada masa yang sama, ada yang memuji kreativiti lelaki itu yang di luar jangkaan dan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anaknya.
“Mantap hero ayah,” komen seorang wargamaya.
“Jiwa membara ye. Semangat merdeka,” komen lagi seorang wargamaya.
BACA: Anak Mogok Lapar Tiga Hari, Mak Hanya Jual Bunga Terpaksa Akur Belikan Iphone
BACA: Nikmati Aktiviti Kebudayaan & Pemandangan Cantik Sempena Ulang Tahun Ke-25 Menara Berkembar Petronas
@2ttouring554 Raptai Sini Dulu. Esok2 baru kat Dataran Putrajaya🫡 #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fyp #fypp #Fyp #bismillahfyp #FYP #fypシ #fypシ゚viral #pakaianberagammerdeka #takluk #pakaianpatriotik
@2ttouring554 Replying to @Oypaaaaa #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fyp #fypp #Fyp #bismillahfyp #FYP #fypシ #fypシ゚viral #pakaianberagammerdeka #takluk #pakaianpatriotik
Sumber: @2ttouring554 via TikTok