Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
kontraktor bunuh pelumba negara
Gambar Hiasan

Mahkamah Ketepi Pembebasan Lelaki OKU, Perintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Empat Sekeluarga

Hannah

Mahkamah Ketepi Pembebasan Lelaki OKU, Perintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Empat Sekeluarga

PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (pendengaran dan pertuturan) daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada tahun 2017.

Sehubungan itu Kang Chang Heng, 45, diarahkan membela diri atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi.

Beliau juga diarah membela diri terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang merupakan cucu kepada pasangan yang maut dalam kes berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong turut membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan Kang daripada pertuduhan tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan itu, Che Mohd Ruzima berkata pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Kang, dan lelaki itu perlu membela diri untuk menjelaskan bagaimana beliau mendapat kecederaan melecur dalam kejadian itu.

BACA: Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS

Beliau berkata keterangan yang diperoleh daripada kanak-kanak yang menjadi saksi, dan beberapa bukti sokongan menunjukkan rayuan pendakwaan mempunyai merit.

Dalam penghakimannya Che Mohd Ruzima berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam membuat keputusan dengan menolak sepenuhnya keterangan saksi itu dan berpendapat keterangan saksi tidak boleh dinafikan hanya kerana dia di bawah umur.

Beliau seterusnya mengarahkan Kang direman sehingga perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai dan menetapkan 11 Sept sebagai tarikh pengurusan kes.

Seorang jurubahasa isyarat turut hadir di mahkamah hari ini semasa prosiding berlangsung.

Pada 19 Okt 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebas dan melepaskan Kang daripada semua tuduhan tanpa perlu membela diri daripada semua pertuduhan.

BACA: Warga Emas Hilang Selepas Perahu Dilanggar Bot Laju

Mengikut pertuduhan, Kang dituduh membunuh Chia Tee Nang, 73, isterinya Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka Chia Yuan Bin, 3 dan Ryan Chia Zeng Xi, 9, disebuah rumah di Tanjung Sepat, di Kuala Langat, Selangor antara pukul 4 dan 5 pagi pada 13 Dis 2017.

Kang turut dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Andrew Chia Zeng Haol yang berusia 11 tahun, yang terselamat daripada kebakaran dicetuskan Kang pada masa dan tempat yang sama.

Kang, pekerja kilang perabot ditahan pada 15 Dis 2017, dipercayai adalah teman lelaki kepada anak perempuan bongsu pasangan suami isteri yang terkorban, yang juga OKU pendengaran dan pertuturan.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Lim Chin Huat mewakili Kang.

BACA: Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

Sumber: BERNAMA