Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Pesawat MAS seoul Berpatah Balik 
Gambar: Sinar Harian
Tiada Kategori

Satu Lagi Pesawat MAS Berpatah Balik Pagi Tadi

Iqbal Yasir

Satu Lagi Pesawat MAS Berpatah Balik Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dilaporkan telah berpatah balik, awal pagi tadi.

Menurut laman Flightradar24, penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 itu berlepas dari KLIA pada pukul 12.01 awal pagi tadi sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Menurut maklumat di laman penjejak penerbangan global itu, pesawat MH66 sepatutnya berlepas pada 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.

Pada 22 Ogos, penerbangan MH152 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 2.23 petang menuju ke Madinah, Arab Saudi terpaksa berpatah kerana isu “pressurisation forced” dan mendarat semula di KLIA pada 5.22 petang.

Sehari sebelum itu pula, penerbangan MH386 yang turut menggunakan pesawat Airbus A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur ke Shanghai pada 9.14 malam dan dilaporkan terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas terbang selama kira-kira 70 minit, kerana masalah tekanan kabin.

Pada 20 Ogos pula, penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa membuat hentian kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs, Australia kerana masalah enjin pada 4.35 pagi waktu tempatan.

Pada 4 Ogos, penerbangan MH156 yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus berlepas.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’