Korang search je speaker dalam aplikasi membeli-belah dalam talian, bukan main banyak lagi pilihan; daripada jenama, jenis sambungan, reka bentuk hingga harga, macam-macam ada.
Sempena hari nan indah lagi bercahaya ini, kami nak kongsikan speaker terbaik 2024, untuk bacaan dan simpanan korang semua. Adakah korang bersedia? Mari mulakan.
Creative Pebble X Plus, sedap mata memandang
Rangkaian speaker daripada jenama Creative selalu membuatkan kami terkesima. Creative Pebble X Plus yang baharu ini menampilkan panggung suara (soundstage) lebih besar daripada edisi Pebble Pro mereka, namun tidak pula memakan ruang.
Edisi plus ini dilengkapi dengan subwoofer yang secara tak langsung menjadikan speaker ini lebih gempak.
Reka bentuk Creative Pebble X Plus
Pebble X Plus terdiri daripada dua tweeter dan subwoofer dengan saiz 5.48-inci, sementara subwoofer agak sedikit besar dengan ukuran 6.24-inci dengan reka bentuk lebih simetris.
LED RGB terpasang dibahagian sisinya dan kedua-dua speaker dihubungkan dengan kabel tertanam (embedded wire), sementara subwoofer Pebble X Plus boleh dipasang-cabut (detachable).
Kami cukup menikmati reka bentuk Pebble X Plus ini kerana selain kecil, ianya cukup minimalis untuk dekorasi display atas meja. Ketika dipasang, tampilan pencahayaan RGB yang menyala memberikan tampilan bergaya pada Pebble.
Untuk sambungan, Pebble X Plus menyokong Bluetooth, jadi lebih mudah untuk korang hubungkan dengan mana-mana peranti, telefon atau komputer. Bahagian kanan speaker ini juga dilengkapi USB-C ports – PD charging, 3.5mm auxiliary port dan port input terpisah untuk headphones dan mikrofon.
Ciri-ciri:
- 75” Full-range Drivers
- 15W RMS (30W with powered USB connection)
- Compact Subwoofer with Dual Passive Radiators
- 45° Elevated Audio Projection
- RGB Lighting
Spesifikasi:
- USB audio and power
- Bluetooth 5.3
- 5 mm AUX input
- 4-pole headphone port
- 3-pole microphone port
Dimensi:
- Speaker: 139.5 x 145 x 136 mm / 5.49 x 5.71 x 5.35 inches
- Subwoofer: 156.4 x 156 x 158.5 mm / 6.16 x 6.14 x 6.24 inches
Pebble X Plus kecil-kecil cili padi
Tiba masa kita bercakap pula mengenai “ngauman” Pebble X Plus ini.
Singkatnya, kecil tapi power! Boleh dikatakan, bunyinya lebih mantap apabila dihubungkan secara terus melalui USB – untuk kegunaan PC dan TV.
Subwoofer turun ke 45 Hz, dimana ianya tidak terlalu rendah (20 Hz), tetapi jejak drum dan bass masih sangat menyenangkan untuk didengar. Korang boleh dengar prestasi audionya daripada video dibawah ini.
@wisermy Speaker dari Creative (Pebble X Plus)
Lepas korang baca dan tengok sendiri review Pebble X Plus ini, pastinya korang ada penilaian tersendiri. Tetapi hanya dengan kurang RM600, korang akan dapat system speaker yang sangat handy, serbaguna (versatile) dan elegan untuk PC atau TV korang.
Korang juga boleh modifikasi nada bunyi dan cahaya mengikut keinginan melalui aplikasi Creative.
Aplikasi Creative menawarkan fungsi-fungsi berikut:
- Kemampuan menerapkan penetapan Sound Modes, Equaliser dan Acoustic Engine
- Konfigurasi efek pengcahayaan pada speaker
- Konfigurasi Equalizer Microphone
- Menambah baik firmware atau software
Terus terang, Pebble X Plus adalah satu set speaker Bluetooth yang luar biasa. Penambahan subwoofer memberikan kedalaman suara, tanpa perlu menaikkan volume terlalu tinggi.
Kami akan mencadangkan speaker ini kepada sesiapa sahaja yang mencari speaker dengan ‘ngauman” yang mantap, dan akhir sekali korang akan terkejut dan bermonolog, “Tak padan dengan saizlah kau ni.”