Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Lelaki Warga Emas Maut Tercampak Dalam Gaung, Dilanggar Trak Pikap
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas tercampak ke dalam gaung akibat dilanggar oleh sebuah trak pikap.
Difahamkan, ketika kejadian, beliau berada di luar keretanya yang berhenti di bahu jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Kampung Batu Hitam, pada Isnin.

Lelaki berusia 60 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala, tiga penumpang lain yang berada dalam kereta jenis Proton Saga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah, menyatakan bahawa laporan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 2.30 petang.
Pihaknya memaklumkan berkaitan insiden itu yang melibatkan dua buah kenderaan.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku sewaktu trak pikap jenis Nissan Navara dari arah Jeli menghala ke Machang telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
“Lalu melanggar warga emas terbabit yang berdiri di luar pintu bahagian pemandu kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kereta tersebut sedang berhenti di bahu jalan dan akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam gaung bersama dengan trak pikap dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tambah beliau, pemandu trak pikap terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Superintenden Mohd Haki turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.
BACA: Lelaki Letak Ganja Dalam Kereta, Perangkap Isteri Sendiri Kerana Ingin Berpisah
BACA: Mahkamah Ketepi Pembebasan Lelaki OKU, Perintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Empat Sekeluarga
BACA: Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS
Sumber: Sinar Harian